Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tahan penagih berpesta dadah

-

BUKIT MERTAJAM: Seramai 16 penagih dadah termasuk seorang wanita ditahan dalam serbuan di beberapa lokasi sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT) sejak Jumaat hingga kelmarin.

Ketua Polis Daerah SPT ACP NiK Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, semua penagih dadah berusia antara 17 hingga 46 tahun itu ditahan di lokasi mereka selalu menghisap dadah termasuk enam yang sedang berpesta dadah di sebuah rumah di Kota Permai, di sini

“Enam termasuk seorang wanita itu ditahan dalam serbuan jam 1.45 petang Jumaat di sebuah rumah di Kota Permai, mereka menjadikan kediaman itu sebagai lokasi berpesta dadah dan polis turut merampas 10 peket Methamphet­amine, pil Eramin 5 dan botol kaca untuk menghisap dadah

“Semua dadah itu bernilai RM2,000 dan siasatan juga mendapati seorang daripada yang ditahan itu merupakan pengedar dadah serta mengaku terlibat dalam 47 kes samun, pecah rumah dan curi motosikal,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, ujian air kencing mendapati semua 16 penagih dadah itu positif dan semua mereka kini direman untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, dalam perkembang­an lain Nik Ros Azhan berkata polis menahan dua lelaki berusia 22 dan 25 tahun di Flat Teluk Indah jam 7.38 malam kelmarin kerana terlibat dalam kegiatan samun dan curi motosikal di sekitar daerah SPT.

Katanya, susulan penahanan dua lelaki itu, polis merampas dua buah motosikal jenis Modenas Dinamik dan Honda Ex-5 serta pelbagai komponen kenderaan itu yang telah dileraikan disembunyi­kan di sebuah rumah di Taman Selamat Alma.

“Berdasarka­n siasatan, dua lelaki itu terlibat dalam kegia- tan curi motosikal dan samun sejak beberapa bulan lepas dan sasaran mereka adalah kenderaan yang diletakkan di kawasan pusat membeli belah serta pasaraya,” katanya.

Katanya, dua lelaki itu mencuri motosikal sebelum menjual dengan harga murah atau meleraikan komponenny­a dan menjual kepada pelanggan tetap mereka terutama mat-mat rempit.

Beliau berkata mereka yang tidak bekerja dan positif dadah itu kini direman selama empat hari untuk siasatan lanjut dan polis percaya suspek turut terlibat kegiatan jenayah di daerah lain di Pulau Pinang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia