Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan P.Pinang kesal tindakan tidak bertanggun­gjawab pengusaha ladang babi

-

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang kesal dengan tindakan tidak bertanggun­gjawab pengusaha ladang babi di Mukim 8, Gertak Sanggul dekat sini, yang gagal mengawal selia dengan baik kandang- kandang khinzir milik mereka.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pembanguna­n Luar Bandar negeri, Dr Afif Bahardin berkata kerajaan negeri tidak akan berkomprom­i dan akan bertindak tegas terhadap pengusaha ladang babi yang tidak mengikut prosedur ditetapkan pihak berkuasa.

“Merujuk kepada liputan eksklusif sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam, keadaan kandang babi mereka yang tidak terurus itu menyebabka­n kumbahan najis babi mencemari Pantai Gertak Sanggul sepanjang satu kilometer.

“Kumbahan najis babi dilepaskan di pantai tersebut juga menjejaska­n aktiviti seharian nelayan yang mencari rezeki di sepanjang perairan tersebut,” katanya dalam kenyataan semalam.

Akhbar berbahasa Inggeris itu melaporkan pengusaha ladang babi di kawasan tersebut gagal mengawal selia dengan baik kandang khinzir milik mereka sehingga menimbulka­n keadaan kurang selesa dalam kalangan penduduk terutama nelayan di situ.

Berikutan laporan akhbar itu, Dr Afif berkata pihak berkuasa seperti Jabatan Perkhidmat­an Veterinar, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Alam Sekitar, Pejabat Tanah dan Galian serta Jabatan Penguatkua­sa, Perkhidmat­an dan Perbandara­n Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mem- buat lawatan serta pemeriksaa­n di kandang babi nombor 762, 763, 764 dan 765, Mukim 8, Gertak Sanggul.

Beliau berkata berdasarka­n lawatan itu, beliau dimaklumka­n selain tidak diurus dengan baik kawasan dalam kandang- kandang babi di situ juga kotor dan berbau busuk.

“Pihak berkuasa mengenakan kompaun terhadap beberapa pengusaha yang didapati tidak mematuhi peratun ditetapkan, serta turut diberikan khidmat nasihat oleh Jabatan Veterinar kepada mereka yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata adalah amat penting pengusahap­engusaha ternakan babi di Pulau Pinang mengikut prosedur ditetapkan supaya negeri itu kekal hijau, bersih dan selamat kepada semua. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia