Utusan Borneo (Sarawak)

Ekspedisi dari Johor ke Perlis mendapat sokongan pelbagai kaum

-

KANGAR: Sambutan Hari Malaysia tahun ini amat bermakna bagi dua beranak yang berjaya menamatkan ekspedisi berjalan kaki sejauh kira-kira 1,600 kilometer di sini, malam kelmarin.

Lebih manis apabila usaha R. Ragu, 43, bersama anak lelakinya, R. Surya, 13, menjayakan ‘Ekspedisi Merdeka Sayangi Malaysiaku’ itu mendapat sokongan pelbagai kaum.

“Ramai rakyat pelbagai kaum menghargai usaha kami sehingga ada yang menjemput makan kenduri dan membayar sewa hotel dan makanan kami berdua,” kata Ragu kepada pemberita selepas menamatkan ekpedisi yang bermula di Danga Bay, Johor, tepat jam 12 tengah malam kelmarin.

Ketibaan mereka yang membawa bendera Malaysia dan Perak bagi menunjukka­n kecintaan kepada negara, disambut Ahli Dewan Undangan Negeri Indera Kayangan, Gan Ay Ling.

Ragu berkata, perjalanan mereka sepatutnya hanya sejauh 1,400km tetapi akibat tersasar jalan, ia menjadi lebih jauh iaitu kira-kira 1,600km namun mereka dapat menamatkan­nya dalam tempoh ditetapkan.

“Kali ini kami tidak mendapat tajaan tetapi orang ramai memberi sedikit sumbangan bagi menjayakan ekspedisi ini yang menelan belanja sebanyak RM21,000,” katanya.

Ragu yang bekerja sebagai buruh di Ipoh turut mempelawa golongan muda yang berminat untuk menyertain­ya melakukan ekspedisi sama mengelilin­gi Semenanjun­g tahun depan.

“Ada orang gelar saya Hero Merdeka ada juga gelar Merdeka Ragu. Apapun tidak kisahlah asalkan niat kita betul

Kali ini kami tidak mendapat tajaan tetapi orang ramai memberi sedikit sumbangan bagi menjayakan ekspedisi ini yang menelan belanja sebanyak RM21,000. ” R. Ragu Bapa

untuk tunjuk kecintaan dan bahawa negara ini masih aman dan harmoni,” kata bapa kepada lima anak itu.

Sementara itu, Surya berkata kejayaan menamatkan misi itu tidak dapat dilupakan kerana setelah berjalan hampir 30km pada hari pertama dari Balai Polis Danga Bay di Johor Bahru, kakinya menjadi keras, menyebabka­nnya patah semangat.

“Bapa saya bagaimanap­un sentiasa memberi semangat agar saya meneruskan pengembara­an. Saya gagahkan sehingga dapat mengatasi masalah tersebut,” kata pelajar SMK St Michael, Ipoh itu.

Beliau berkata pada hari kelima beliau tidak lagi menghadapi masalah kaki keras dan dapat berjalan purata 50 hingga 60km sehari kecuali jika cuaca tidak mengizinka­n.

Surya berkata, beliau berhasrat menyertai bapanya dalam ekspedisi berjalan mengelilin­gi Semenanjun­g tahun depan jika kesihatan dan keadaan mengizinka­n. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENGHARGAA­N: Dr Mahathir menerima cenderahat­i daripada President The Senior Magazine Cheah Tuck Wing (kiri) dan Editor The Senior Magazine, Datuk Muslim Ayob selepas temubual bersama Persatuan Third Age Media dan Bernama News Channel (BNC) di Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama PENGHARGAA­N: Dr Mahathir menerima cenderahat­i daripada President The Senior Magazine Cheah Tuck Wing (kiri) dan Editor The Senior Magazine, Datuk Muslim Ayob selepas temubual bersama Persatuan Third Age Media dan Bernama News Channel (BNC) di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia