Utusan Borneo (Sarawak)

700 peserta sertai larian cabaran Teluk Cempedak

-

KUANTAN: Seramai 700 peserta tempatan dan antarabang­sa teruja menyertai Pertanding­an Larian Cabaran Teluk Cempedak yang diadakan buat kali kedua dalam usaha mempromosi­kan pelanconga­n ekorimba di sini semalam.

Pengarah projek larian tersebut, Muhammad Afham Mohd Sabri berkata pertanding­an yang dianjurkan oleh Projek Hijo dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan sembilan syarikat swasta lain itu menawarkan hadiah keseluruha­n wang tunai berjumlah RM7,600.

“Pertanding­an Larian Cabaran Teluk Cempedak ini, Alhamdulil­lah semakin mendapat sambutan dalam kalangan peserta tempatan serta lapan peserta dari luar negara antaranya Jepun, India, China, Britain, Singapura dan Filipina.

“Meskipun hadiah yang ditawarkan tidak begitu lumayan,para peserta tetap berminat untuk menyertai cabaran ini kerana keutama- an mereka ialah menikmati keindahan flora dan fauna serta kecantikan pantai yang ada di sini,” katanya kepada pemberita selepas tamat larian itu.

Afham berkata pertanding­an itu menyediaka­n tiga kategori iaitu lelaki, wanita dan veteran dengan jarak 6, 12 dan 18 kilometer di mana trek larian diatur melalui jalan raya dan denai hutan ekorimba Bukit Pelindung bagi memberikan cabaran serta kepuasan maksimum kepada semua peserta.

Penolong Pengarah Hutan Lipur JPNP Pahang, Ginny Choong pula berkata pihaknya bekerjasam­a menjayakan pertanding­an ini bagi memperkena­lkan salah satu daripada 25 lokasi hutan eko rimba yang terdapat di Pahang.

“Fokus kami ialah menggalakk­an orang ramai mengadakan pelbagai aktiviti di hutan eko rimba di sekitar Pahang. Ini kerana kami mahu mereka dapat mengamalka­n gaya hidup sihat dengan beriadah, berlari mahupun berbasikal di samping memupuk perasaan cintakan alam sekitar.

“Kelebihan hutan eko rimba Bukit Pelindung di sini ialah laluan untuk sampai adalah mudah kerana berdekatan bandar Kuantan... justeru kami yakin ramai yang dapat datang ke sini untuk menikmati kecantikan­nya,” katanya.

Seorang peserta, Muhd Rahman Wahid, 41, berkata pertanding­an yang diadakan memberi peluang kepada peserta melalui laluan denai hutan lebih dua kilometer di Hutan Simpan Pelindung.

“Acara yang diadakan turut memberi peluang kepada atlet jarak jauh menguji kebolehan selain ada juga yang lebih kepada untuk seronok dan berkenalan antara satu sama lain

“Jumlah hadiah bukan ukuran....yang penting saya dapat menguji kemampuan dan kecergasan mengharung­i larian dengan jarak jauh, “katanya yang menduduki tempat keempat kategori 18 kilometer. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia