Utusan Borneo (Sarawak)

Anwar minta maaf beberapa janji ditangguhk­an

Semasa manifesto dibuat, PH tidak menjangka hutang negara cecah sehingga RM1 trilion

-

KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kerana beberapa janji dalam manifesto Pakatan Harapan ( PH) terpaksa ditangguhk­an buat masa ini sehingga kewangan negara kembali kukuh.

Katanya, semasa manifesto berkenaan dibuat, PH tidak menjangkak­an hutang negara mencecah sehingga RM1 trilion.

“Sekarang ini bila lihat, kenyataan dia berbeza, oleh demikian itu… saya minta maaf kerana ada manifesto yang kita boleh lakukan dan ada yang lain kita kena tangguhkan,” katanya pada sesi soal jawab program ‘Meet Anwar’ anjuran Anwar Ibrahim Club, di sini, semalam.

Antara lain, katanya faktor hutang ini disumbangk­an kes 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) yang mempunyai hutang berpuluh bilion ringgit, berbanding jangkaan awal di bawah RM3 bilion.

“Kita baharu fikir bawah RM3 bilion, kita tak terfikir ada beli kapal, beli painting dan ada duit beri kepada (pelakon Hollywood) Leon- ardo DiCaprio. Besar masalah dia, jadi Tun Dr Mahathir (Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad) kata berilah masa.

“Apa yang kami ada kami akan tawarkan… terdapat masalah, bolehkah anda dapatkan semula semua dana itu? Kapal terbang beli baharu (contoh) RM250 juta, kalau yang terpakai, nilai (sebenarnya) tak boleh dapat balik, kapal laut lagi teruk, nilai bagi yang terpakai sangat rendah, jadi kita dah rugi banyak,” katanya.

Sementara itu, Anwar sekali lagi menegaskan bahawa beliau memberi sokongan 100 peratus kepada pentadbira­n kerajaan di bawah Dr Mahathir dan menyeru rakyat untuk memberi peluang kepada pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu untuk memerintah negara.

“Sekarang Tun Dr Mahathir baharu jadi perdana menteri selama empat bulan, bagi peluang dia perintah dengan baik, kita sokong dia. Ruang sekarang ini adalah untuk beri sokongan padu, saya nak kerajaan PH kuat, dihormati dan boleh laksanakan perubahan. Sekarang giliran Tun Dr Mahathir, kita sokong, saya beri dia sokongan 100 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan daripada hadirin yang mahu mengetahui wawasannya sebagai bakal perdana menteri kelapan negara.

Mengulas mengenai dasar kerajaan terhadap negerinege­ri pembangkan­g, katanya dasar kerajaan PH adalah tidak meminggirk­an mana- mana daerah dalam negara.

“Kita hormati hak mereka, dari segi perlembaga­an tanggungja­wab kerajaan adalah untuk membantu rakyat tanpa kira fahaman politik dan agama. Mudah-mudahan dengan pelaksanaa­n (dasar) esok, terbuka hati Kelantan (antara lain) dan rujuk kita,” katanya.

Berhubung Akta Kesalahan Keselamata­n (LangkahLan­gkah Khas) ( SOSMA) 2012, Anwar berkata PH berjanji akan menghapusk­an undang-undang ‘draconian’ atau undang-undang yang menindas.

“Saya alami derita (semasa dipenjarak­an), untuk menyedarka­n dan menginsafk­an diri saya supaya dapat rasai derita orang lain, sebab itu bila saya diseksa, saya lihat SOSMA, saya tak setuju bentuk undang-undang yang ada sekarang. Kedua saya tak setuju pendakwaan dan hukuman terlalu keras pada kesalahan kecil yang tak setimpal,” katanya.

Anwar berkata beliau secara peribadi memaafkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hal yang melibatkan mereka berdua tetapi dalam hal wang negara dan kepentinga­n rakyat, ia tertakluk kepada proses yang ada.

“Dari segi peribadi saya maafkan dia walaupun dia sumbat saya masuk penjara… dua minggu pertama saya tidur atas simen. Tapi soal wang negara, soal hak rakyat tak mungkin saya (dapat) maafkan. Kena ikut proseslah, kalau terbukti dia bersalah nasiblah, apa juga yang anda ambil daripada orang awam, anda bertanggun­gjawab,” katanya.

Terdahulu beliau melancarka­n buku ‘A People’s History of Malaysia’ karya bekas pensyarah Universiti Malaya dan bekas Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali yang kini memegang jawatan pengerusi Jawatankua­sa Bantahan, Rayuan dan Disiplin PKR. — Bernama

Sekarang ini bila lihat, kenyataan dia berbeza, oleh demikian itu… saya minta maaf kerana ada manifesto yang kita boleh lakukan dan ada yang lain kita kena tangguhkan. Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN BUKU: Anwar (kiri) berucap pada Majlis Pelancaran Buku ‘A People’s History of Malaysia’ di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PELANCARAN BUKU: Anwar (kiri) berucap pada Majlis Pelancaran Buku ‘A People’s History of Malaysia’ di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia