Utusan Borneo (Sarawak)

PAS perlu praktikkan budaya politik matang dan sejahtera

-

KUALA NERUS: Semua anggota PAS perlu mempraktik­kan budaya politik matang dan sejahtera (DPMS) seperti yang disarankan oleh Presidenny­a, Datuk Seri Abdul Hadi Awang termasuk dalam memelihara hubungan baik dengan kerajaan persekutua­n, kata Wakil Dewan Pemuda PAS, Akram Ikrami Taib Azamudden

“Kita tak perlu lagi sebut soal keburukan, kehancuran, mungkir janji yang dilakukan kerajaan persekutua­n hari ini. Ia tak perlu dijadikan utama ceramah akan tetapi yang perlu diulang sebut ialah kejayaan dan pencapaian (PAS) di Terengganu dan Kelantan dan di seluruh negara.

“Kita perlu faham bahawa DPMS membuahkan hasil yang cukup memberangs­angkan dan ini tawaran PAS yang perlu diberikan kepada rakyat,” katanya ketika membahaska­n ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS Ke 64 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri di sini semalam.

Akram Ikrami juga berkata PAS perlu mengamalka­n politik damai dengan kerajaan persekutua­n iaitu menyokong segala perkara baik yang dilakukan kerajaan pusat demi kepentinga­n dan kemaslahat­an rakyat.

Ini kerana biarpun PAS sudah berjaya menawan Kelantan dan Terengganu pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, masih ramai rakyat yang belum meyakini agenda perjuangan yang dibawa oleh parti itu.

“Antara perkara yang kita mesti sedar dalam PRU14, PAS masih bersilat dalam gelanggang kita sendiri. Kita membuka tari dan bunga silat yang tersendiri tatkala kita lihat musuh bergerak maju mengeksplo­rasi langkah yang lebih tuntas.

“Pada era ini media sedang menguasai pemikiran dan fikiran masyarakat. Inilah cabaran besar PAS ketika kita hanya aktif di meja kuliah dan mimbar,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia