Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin PAS usah ghairah jalin kerjasama dengan parti lain

-

KUALA NERUS: Kepimpinan PAS diingatkan tidak beria-ia dalam menjalinka­n kerjasama dengan pihak yang ingin bertaawun dengan parti itu sebelum mereka memahami kehendak dan perjuangan utama PAS sebagai parti pembangkan­g yang memperjuan­gkan Islam.

Itu antara syarat yang diletakkan Dewan Ulama PAS yang dikemukaka­n wakilnya, Zulkarnain Hassan ketika membahaska­n ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan PAS ke-64 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri di sini, semalam.

“Pastikan pihak yang ingin bertaawun yang datang kepada kita terlebih dahulu, bukan sebaliknya kita yang beria-ia pergi kepada mereka,” katanya.

Dewan Ulama turut meletakkan tiga lagi syarat iaitu sentiasa meletakkan Islam sebagai keutamaan dan tidak meninggalk­an asas perjuangan parti serta kerjasama yang dijalinkan haruslah berlandask­an untuk mengukuhka­n blok pembangkan­g.

“Pihak yang ingin bertaawun juga harus terlebih dahulu ditarbiyah dan diberi penerangan secukupnya jika mereka mahu bersama-sama kita dalam agenda memperkuku­hkan Islam,” katanya.

Zulkarnain berkata syarat itu perlu diletakkan bagi mengelak kejadian beberapa bekas pimpinan yang sanggup meninggalk­an parti kerana mengutamak­an agenda politik dan kepentinga­n peribadi bersama pihak lain berbanding parti sendiri.

Bagaimana pun beliau berkata Dewan Ulama bersikap ‘thiqah’ dan yakin dengan keputusan yang dibuat oleh pimpinan parti jika jalinan kerjasama dengan pihak lain tetap dilaksanak­an.

“Kami meletakkan keyakinan dan ‘thiqah’ kami kepada kepimpinan parti dan Majlis Syura yang akan membuat keputusan bersandark­an kepada ilmu dan ketakwaan berhubung kerjasama itu dan berharap sebarang keputusan yang dibuat dapat diterima oleh semua anggota parti,” katanya. — Bernama

 ??  ?? ZULKARNAIN
ZULKARNAIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia