Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama PAS-UMNO bukan keperluan mendesak

-

KUALA NERUS: Kerjasama PAS- UMNO bukan satu keperluan yang mendesak, namun ia diperlukan untuk kepentinga­n dan kesejahter­aan orang Melayu dan Islam, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kadang-kadang memang ia mendesak, contohnya apabila keputusan pilihan raya tidak seimbang dengan demografi penduduk atau bukan Islam yang mendominas­i kerajaan.

“Begitu juga apabila ada orang bukan Islam membuat pelbagai tuntutan yang tidak wajar dan menyentuh hubungan dengan orang Islam seperti meminta dihapuskan majlis agama, dihapuskan undangunda­ng syariah dan tuntutan LGBT.

“Itu semua bercanggah dengan ajaran Islam. Maknanya, hubungan sekarang ini bukan terdesak tetapi hanya keperluan,” katanya dalam sidang media selepas berakhirny­a Muktamar Tahunan PAS ke-64 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, di sini semalam.

Beliau berkata jika ada keperluan, muktamar khas akan diadakan untuk tu- juan formaliti kerjasama itu dan keseluruha­n perwakilan muktamar kali ini menerima kerjasama PAS-UMNO.

Jelasnya, apa jua bentuk kerjasama PAS-UMNO akan dilakukan secara terbuka seperti dilakukan negara demokrasi lain kerana ia akan memberi kesan dan mempengaru­hi undi pada sesuatu pilihan raya.

Terdahulu dalam ucapan penggulung­annya, Ahli Parlimen Marang itu berkata orang Melayu beragama Islam berpeluang mendominas­i kepimpinan negara jika mereka mengundi PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas.

“Orang Melayu janganlah marah dengan dominasi bukan Islam dalam pentadbira­n sekarang. Ini berlaku kerana orang Melayu bagi undi kepada orang bukan Islam,” katanya.

Abdul Hadi juga menjelaska­n PAS bukanlah cabang yang dipotong dari mana-mana parti politik atau ranting yang dipacakkan ke tanah untuk hidup sebaliknya mengamalka­n politik matang dan sejahtera untuk terus kekal relevan.

Mengulas lanjut mengenai taawun (kerjasama) dengan UMNO, Ahli Parlimen Marang itu berkata budaya politik tersebut sudah lama dilaksanak­an PAS termasuk di peringkat antarabang­sa dalam membantu menyelesai­kan isu kemanusiaa­n dan keamanan sejagat.

“PAS diberi kepercayaa­n untuk libatkan diri dalam krisis membabitka­n umat Islam seperti di Thailand, Filipina, masyarakat Rohingya, dan krisis penduduk Gaza dan Palestin di Israel.

“Kita laksanakan taawun dan juga kerjasama dalam perkara lain demi rakyat dan negara. Maka berlakunya taawun dengan UMNO.

“Di sebalik kerjasama itu, kita tegas dalam perjuangan membentuk akidah kerana memimpin bersama Islam adalah penting dalam perjuangan kita. Kita tolak reformasi tanpa Islam,” katanya. — Bernama KOTA KINABALU: Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu (BERSATU), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersedia membantu dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata sokongan itu bagi memastikan calon Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanding di kerusi berkenaan akan mencapai kemenangan.

“Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14, saya sebagai anggota majlis presiden Pakatan Harapan ketika menandatan­gani menyedari memang akan berlaku peralihan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Anwar dan itu adalah perkara yang dipersetuj­ui bersama.

“Sebagai anak muda saya tidak mahu ingkar janji terutamany­a melibatkan perjanjian bertulis dan apa yang penting adalah kemenangan kepada PH adalah mustahak” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program ‘Unlocking The Power Of Young People’, di sini semalam.

Dalam pada itu, Syed Saddiq menafikan wujudnya sebarang gerakan memboikot kempen Anwar di Port Dickson oleh parti PPBM terutama dalam kalangan ahli Armada.

Mengenai program itu, Syed Saddiq mahu sesi dialog itu perlu dijalankan pada setiap masa dan tidak hanya dilakukan ketika menjelang pilihan raya sahaja kerana pelbagai isu baharu akan timbul yang melibatkan golongan belia. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KERJASAMA: Hadi (tengah) pada sidang media selepas penangguha­n Muktamar Tahunan PAS ke- 64 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak di Kuala Nerus, semalam.
— Gambar Bernama KERJASAMA: Hadi (tengah) pada sidang media selepas penangguha­n Muktamar Tahunan PAS ke- 64 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak di Kuala Nerus, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia