Utusan Borneo (Sarawak)

Napoli kutip tiga mata penuh, Inter bergelut cari kemenangan

-

MILAN, Itali: Lorenzo Insigne menjaringk­an gol tunggal kemenangan ketika Napoli menew a s k a n F i o r e n - tina 1- 0 d a l a m a k s i Se- rie A Itali tetapi Inter terus bergelut selepas dikejutkan 0-1 oleh Parma menjelang aksi Liga Juara-Juara untuk kedua-dua pasukan. Napoli, yang dibimbing Carlo Ancelotti, tewas buat kali pertama mereka musim ini dua minggu lepas apabila kalah 0-3 kepada Sampdoria. T e t a p i I n s i g n e m e n j a r - ingkan gol tunggal kemenangan pada minit ke-79 di Stadium San Paolo untuk gol ke-50 beliau dalam liga dari umpanan cantik Arkadiusz Milik. Ia memberikan Fiorentina – yang menamatkan impian kejuaraan liga buat Napoli pada bulan April lepas – kekalahan pertama mereka musim ini. “Di Genoa, kami gagal mencari rentak,” kata Ancelotti. “Hari ini, kami bermain dengan lebih seimbang dan berkesan. Kami bermain seperti yang kami mahukan walaupun jika tidak di tahap terbaik.

“Ia menggembir­akan untuk kembali beraksi dalam Liga Juara- Juara. Kami berada dalam kumpulan sukar dan kami akan cuba melakukan permulaan yang baik,” tambah Ancelotti ketika merujuk perlawanan Liga Juara-Juara menentang Red Star Belgrade minggu ini.

Kemenangan itu meletakkan Napoli di tangga kedua liga dengan sembilan mata, berkongsi mata dengan Juventus, yang boleh menjarakka­n kedudukan jika menewaskan Sassuolo pada perlawanan lewat.

Pemain pinjaman Inter Milan, Federico Dimarco, memastikan kemenangan untuk kelab baharunya, Parma pada minit ke-79 perlawanan di San Siro.

Inter hanya mengutip empat mata dari beberapa perlawanan menjelang aksi sulung Liga Juara-Juara sejak musim 2011/2012.

“Apabila anda mengutip empat mata dari empat perlawanan di hadapan penyokong sendiri dan melihat jadual perlawanan, ia menjadi sukar untuk mencari alasan,” tambah Spalletti. “Kami perlu melakukan lebih bagus lagi.”

Dimarco, 20, dimasukkan sebagai pemain gantian selepas rehat sebelum merembat bola dari jarak jauh untuk gol pertama beliau dalam Serie A.

Pada perlawanan lain, Sampdoria meneruskan rentak cemerlang dengan membelasah pendatang baharu liga, Frosinone 5-0 untuk melonjak ke tangga keempat liga. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? GOL TUNGGAL: Insigne meraikan gol jaringanny­a pada aksi perlawanan Serie A Itali di antara Napoli dan Fiorentina.
— Gambar Reuters GOL TUNGGAL: Insigne meraikan gol jaringanny­a pada aksi perlawanan Serie A Itali di antara Napoli dan Fiorentina.
 ??  ?? PENUH AKSI:
PENUH AKSI:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia