Utusan Borneo (Sarawak)

Barca bangkit, Real Madrid seri 1-1

-

Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan La Liga Sepanyol di antara Real Sociedad dan Barcelona di Stadium Anoeta di San Sebastian. MADRID, Sepanyol: Barcelona bangkit dari ketinggala­n untuk menewaskan Real Sociedad sementara Real Madrid tercicir dua mata selepas diikat 1-1 di Athletic Bilbao dalam aksi La Liga Sepanyol Sabtu lepas.

Real, yang masih belum tewas dari tiga perlawanan, ketinggala­n dari gol Iker Muniain pada minit ke-32 selepas satu serangan pantas.

Penjaga gol Athletic, Unai Simon, beraksi tangkas menepis cubaan pemain Real sebelum Isco menanduk satu umpanan Gareth Bale pada separuh masa kedua untuk mengikat kedudukan.

Keputusan seri itu membolehka­n skuad kendalian Julen Lopetegui mengumpul 10 mata, dua mata di belakang Barcelona sementara Atletico Madrid juga semakin tercicir dari saingan selepas seri dengan Eibar di gelanggang sendiri.

Atletico kini ketinggala­n tujuh mata di belakang Barca, yang hampir hilang rekod kemenangan bersih apabila Aritz Elustondo membuka jaringan untuk Real Sociedad pada perlawanan di Anoeta.

Tetapi dengan Sociedad terlepas beberapa peluang menambah jaringan, kegagalan itu dihukum oleh dua gol dalam tempoh tiga minit dari cubaan Luis Suarez dan Ousmane Dembele untuk kemenangan 2-1.

Atletico juga dipaksa bangkit dengan Borja Garces menjaringk­an gol penyamaan pada saat akhir permainan tetapi mereka tidak meraikan satu mata itu seperti Barca di Stadium Wanda Metropolit­ano.

Gol Garces itu mengikat kedudukan 1-1 selepas Sergi Enrich membuka jaringan pada minit ke-87.

Barcelona boleh tercicir mata sekiranya lawan mereka melakukan penyudah berbisa.

Tidak lama selepas kegagalan menyempurn­akan peluang, Suarez dan Dembele mengesahka­n kebangkita­n Barca.

Jurulatih Atletico, Diego Simeone, mungkin mempunyai satu perhatian kepada aksi Liga Juara-Juara menentang Monaco Selasa depan tetapi satu kemenangan amat diperlukan selepas tewas kepada Celta Vigo dua minggu lepas.

Tetapi cubaan Antoine Griezmann dan Diego Costa terkena palang untuk memastikan A t l e t i c o kini mencipta rekod permulaan liga paling buruk m e r e k a . — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia