Utusan Borneo (Sarawak)

Andy dinobatkan Mr Kenyalang Strongman 2018

-

SIBU: Andy Gerard peserta dari Sabah dinobatkan gelaran Mr Kenyalang Strongman Competitio­n 2018 malam kelmarin.

Menerusi gelarannya itu, Andy layak membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000.

Beliau turut menjuarai kategori Men Open Challenges membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, medal, trofi dan sijil.

Manakala Datuk Ahmad Zaki yang memenangi tempat kedua membawa pulang hadiah RM500, medal, trofi dan sijil.

Tempat ketiga menjadi milik peserta dari Brunei, Sazuwan Ali membawa pulang hadiah RM300, medal, trofi dan sijil.

Sementara itu, juara kategori Men Below 90kg menjadi milik peserta dari Sibu, Jutri Tiong membawa pulang hadiah RM2,000, medal, trofi serta sijil.

Naib juara dimenangi Hamdan Johnny menerima RM1,500 bersama medal, trofi serta sijil dan Muhd Hadiah memenangi tempat ketiga dan membawa pulang hadiah RM1,000 bersama medal, trofi serta sijil.

Manakala juara bagi kategori Men Above 90kg disandang peserta dari Sarikei, Marcos Enggai membawa pulang hadiah RM2,000, medal, trofi serta sijil.

Diikuti naib juara menjadi milik seorang lagi peserta dari Sarikei, Yong Chee Hang membawa pulang hadiah RM1,500 bersama medal, trofi serta sijil.

Tempat ketiga menjadi milik peserta dari Kuching, Muhd Ali Najibullah membawa pulang hadiah RM1,000 bersama medal, trofi serta sijil.

Majlis penyampaia­n hadiah kepada pemenang disempurna­kan oleh Pengerusi Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Sibu ( SDBWA), Chia Soon Cheong.

 ??  ?? AKSI JUARA: Andy ( tiga kiri) bersama hadiah kemenangan­nya selepas menerima gelaran Mr Kenyalang Strongman Competitio­n 2018 dan juara kategori Men Open Challenges malam kelmarin.
AKSI JUARA: Andy ( tiga kiri) bersama hadiah kemenangan­nya selepas menerima gelaran Mr Kenyalang Strongman Competitio­n 2018 dan juara kategori Men Open Challenges malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia