Utusan Borneo (Sarawak)

Mereka berdua masing-masing dinobatkan juara bagi Kategori ‘Men Open’ dan ‘ Women Open’

- Oleh Connie Sylvia Mesa

MIRI: David Pa dan Tho Siaw Khim masing-masing dinobatkan sebagai juara bagi kategori ‘Men Open’ dan ‘Women Open’ pada acara ‘PIBAKIS Charity Run 2018’ yang berlangsun­g di sini semalam.

Tempat kedua bagi kategori ‘ Men Open’ dimenangi oleh Isaac Law dan Cleaveron Ronan Ho di tempat ketiga.

Grace Pui dan Rebecca James masing- masing mendapat tempat kedua dan ketiga bagi kategori ‘Women Open’.

Bagi kategori ‘Men Veteran’ menyaksika­n Lee Kim Hing muncul juara diikuti Mohd Azizan Abdul Latif tempat kedua dan Hii Lik Nguong (tempat ketiga).

Juara bagi kategori ‘Women Veteran’ dimenangi Lee Leh Ha diikuti tempat kedua dimiliki oleh Hii Yieng Nyuk dan Tie Siaw Foong di tempat ketiga.

Robin Wan Mathew dan Celestial Reyes Ho menjuarai acara berkumpula­n bagi kategori ‘Family-Boys’ diikuti Loenard Eric Nyandau dan Sebastian Ingun di tempat kedua manakala Eric Jetri dan Earnest Jusiah Eric di tempat ketiga.

Bagi kategori ‘Family-Girls’, Tang Swee Ming dan Shanice Tang muncul juara diikuti Mervin Tawie dan Marissa Jane Tawie di tempat kedua dan ketiga menjadi milik Chia Siang Hui dan Tone Lau.

Sepuluh pemenang teratas setiap kategori masing-masing membawa pulang RM300 (juara), RM200 (kedua), RM100 (ketiga), RM80 (keempat) dan RM50 tempat kelima hingga ke10 dan setiap pemenang turut menerima pingat.

Selain enam kategori itu turut diadakan ‘Fun Run 4km’ bagi peserta yang turut memberi sokongan kepada program amal tersebut.

L e b i h 1 , 0 0 0 p e s e r t a m e n g a m b i l b a h a g i a n menjayakan larian amal sempena sambutan Hari Malaysia semalam.

Larian amal anjuran Persatuan Ibu Bapa Kanak-kanak Istimewa ( PIBAKIS) Miri itu adalah untuk mengumpul dana bagi kegunaan bangunan PIBAKIS yang beroperasi di Lutong.

Larian itu dirasmikan oleh Penasihat PIBAKIS Miri, Datuk James Ling.

Hadir sama Presiden PIBAKIS Miri merangkap Pengerusi Penganjur, Chiam Yun Chaw serta jawatankua­sa yang lain.

 ??  ?? GAMBAR KENANGAN: Pemenang ‘PIBAKIS Charity Run 2018’ bersama hadiah masing-masing pada majlis penyampaia­n hadiah semalam.
GAMBAR KENANGAN: Pemenang ‘PIBAKIS Charity Run 2018’ bersama hadiah masing-masing pada majlis penyampaia­n hadiah semalam.
 ??  ?? RASMI: John menyepak bola merasmikan pembukaan Liga Veteran Edisi Ke-2 di Padang St John Taee.
RASMI: John menyepak bola merasmikan pembukaan Liga Veteran Edisi Ke-2 di Padang St John Taee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia