Utusan Borneo (Sarawak)

Angkat berat: Marthini raih dua perak buat Sarawak

-

IPOH: Atlet angkat berat Sabah, Marceeta Marlyne M a r c u s m e n g u b a t i kekecewaan apabila bangkit memecah rekod Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018 dalam acara clean & jerk bagi kategori 58kg wanita sekali gus merangkul emas di Dewan Merdeka, semalam.

Terdahulu, Marceeta terlepas kedudukan pingat dalam acara snatch selepas beliau menduduki tangga tercorot yang mengganggu sedikit semangatny­a.

Namun dengan dorongan jurulatih serta keazaman tinggi dan semangat tidak cepat mengalah, atlet berusia 20 tahun itu bukan sahaja menyambar emas keduanya dalam penyertaan­nya di temasya ini sejak 2012, malah turut memperbaha­rui rekod temasya dengan angkatan 97kg.

Namun, cubaan beliau untuk memecah rekod kebangsaan dengan melakukan angkatan 102kg tidak berjaya.

Rekod sebelum ini milik atlet Kelantan, Nur Fariesha Irwana yang dilakukan pada Sukma 2014 di Perlis dengan angkatan bebanan 96kg manakala rekod kebangsaan adalah 101kg masih lagi di pegang oleh Frenceay Titus, dari Sabah. — Bernama TAPAH: Atlet angkat berat, Marthini Chan berjaya menyumbang dua pingat perak buat kontinjen Sarawak dalam acara itu pada temasya Sukan Malaysia ( SUKMA XIX) di Dewan Merdeka, Majlis Daerah Tapah di sini petang semalam.

Beliau berjaya memperoleh­i pingat perak pertamanya menerusi kategori 58kg snatch wanita dengan catatan angkatan terakhir dilakukann­ya ialah 73kg.

Marthini gagal mengatasi pencabar hebatnya dari Kedah, Siti Barirah Azhari yang memenangi pingat emas dengan angkatan terakhir 74kg.

Pingat gangsa bagi acara tersebut dimiliki atlet dari Perlis, Nurul Anis Abdullah dengan sekadar mencatat 70kg angkatan terakhirny­a.

Dalam pada itu, Marthini turut menghadirk­an pingat perak keduanya bagi kategori 58kg clean/jerk dengan angkatan terbaik dilakukan- nya 88kg.

Pingat emas acara itu milik atlet dari Sabah, Marceeta Marlyne Marcus dengan angkatan 97kg dan gangsa dimiliki Siti Barirah Azhari dari Kedah dengan angkatan 87kg.

 ??  ?? CEMERLANG: Marthini beraksi cemerlang dalam angkat berat pada SUKMA XIX di Perak.
CEMERLANG: Marthini beraksi cemerlang dalam angkat berat pada SUKMA XIX di Perak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia