Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Turki berkas penunjuk perasaan

-

ISTANBUL: Polis Turki kelmarin menangkap sekurangku­rangnya 20 orang ketika mereka meleraikan protes bagi menunjukka­n rasa tidak puas hati mengenai kematian yang berlaku ketika bekerja dan keadaan buruk di tapak pembinaan lapangan terbang ketiga Istanbul, yang diuaruarka­n sebagai lapangan terbang terbesar di dunia bila ia siap nanti.

Pasukan keselamata­n bertindak untuk meleraikan protes yang dilancarka­n oleh puluhan orang ekoran siri tangkapan pada Jumaat lepas.

Di antara mereka yang ditahan oleh polis kelmarin adalah jurugambar AFP Bulent Kilic yang membuat liputan mengenai demonstras­i tersebut. Dia dibebaskan selepas ditahan selama dua jam.

Pada keseluruha­nnya kirakira 500 orang telah ditangkap sewaktu protes itu di tapak salah satu projek pembanguna­n mega Presiden Recep Tayyip Erdogan, menurut Konfederas­i Kesatuan Revolusi Turki (DISK).

Pasukan keselamata­n pada Jumaat lepas meleraikan demonstras­i oleh ratusan pekerja di luar lapangan terbang baharu itu, yang dijadual siap pada Oktober, agensi berita swasta DHA melaporkan.

Penunjuk perasaan mengadu tentang kematian yang berlaku ketika bekerja serta kemalangan dan keadaan bu- ruh dan penginapan di tapak yang buruk.

Akhbar harian pembangkan­g Cumhuriyet memetik rungutan pekerja yang tinggal di tapak mengenai kutu dan pepijat.

Syarikat pembinaan dan operasi lapangan terbang, Istanbul Grand Airport (IGA), mengeluark­an satu kenyataan untuk menyatakan pihak pengurusan sudah berjumpa dengan pekerja dan berjanji untuk mengambil langkah bagi menyelesai­kan isu-isu dengan cepat.

Seorang jurucakap bagi IGA enggan mengulas lanjut kelmarin.

Hashtag yang menyokong pekerja “kami bukan hamba abdi” (#kledegiliz) ‘trending’ dengan kuat di Turki kelmarin.

Puluhan anggota keselamata­n, disokong oleh kenderaan perisai, mengawal akses ke tapak kelmarin, kata wartawan AFP.

Apabila pesawat pertama mendarat di IGA pada Jun lalu, Erdogan berkata lapangan terbang baharu nanti adalah yang terbesar di dunia dengan kapasiti fasa pertama seramai 90 juta penumpang setahun yang akan mencapai 150 juta pada 2023.

Kira-kira 35,000 orang bekerja dalam projek itu termasuk 3,000 orang jurutera dan kakitangan pentadbira­n.

Seramai 27 orang pekerja sudah mati di tapak pembinaan, 13 dalam kemalangan ketika bekerja, kata menteri pengangkut­an sewaktu lawatan media ke lapangan terbang itu pada April lalu.

Bagaimanap­un beberapa pekerja yang enggan dikenali memberitah­u kelmarin bahawa perangkaan kementeria­n terlalu rendah dan kemalangan amat kerap berlaku di tapak terbabit. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TEGAS: Pegawai polis Turki bertelingk­ah dengan penunjuk perasaan di Istanbul, kelmarin.
— Gambar AFP TEGAS: Pegawai polis Turki bertelingk­ah dengan penunjuk perasaan di Istanbul, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia