Utusan Borneo (Sarawak)

Gerila ELN culik gadis remaja di Colombia

-

BOGOTA: Beberapa gerila haluan kiri ELN menculik seorang budak perempuan berusia 15 tahun di barat laut Colombia, menurut pihak berkuasa kelmarin, walaupun rundingan damai dengan kerajaan Presiden Ivan Duque sedang ditangguhk­an sehingga semua tebusan pemberonta­k dibebaskan.

Beberapa gerila menculik budak perempuan tersebut pada 7 September dari kediamanny­a di Orupa, wilayah hutan Choco, menurut Modesto Serna, penasihat kedamaian kepada pegawai kerajaan wilayah.

“Amat penting di mana budak perempuan itu dikembalik­an secepat mungkin kepada keluargany­a,” menurut Serna dalam temu bual dengan Blu Radio.

Tarikh itu adalah penting kerana ia adalah tarikh luput yang ditetapkan Duque bagi melihat sekiranya pihak gerila bersikap serius mengenai memulakan semula rundingan damai di Cuba yang bermula di bawah bekas presiden Juan Manuel Santos.

Pejuang pemberonta­k Tentera Pembebasan Negara (ELN) dengan nama Comandante Uriel, yang mengetuai pihak gerila wilayah, memberitah­u war- tawan remaja itu diculik kerana menjadi pemberi maklumat pasukan bersenjata dan akan dibebaskan selepas prosedur rutin.

Pemberonta­k ELN pada Rabu lepas telah membebaska­n enam orang yang diculik mereka Ogos lepas, justeru penculikan terbaharu amat menimbulka­n kemarahan Duque.

“Menculik seorang budak perempuan berusia 15 tahun selepas membebaska­n beberapa orang tebusan lain, serta menuduhnya sebagai pemberi maklumat merupakan perbuatan kejam terhadap kanak-kanak di Colombia,” menurut beliau kelmarin.

Kerajaan percayai pihak ELN, pasukan gerila terakhir di Colombia dengan kira- kira 1,500 pejuang, sedang menahan sekurangku­rangnya 10 tebusan.

Duque, yang telah memegang jawatan pada 7 Ogos atas ikrar mengambil tindakan tegas terhadap gerila ELN, meneruskan rundingan damai pihak pemberonta­k dengan menuntut mereka membebaska­n semua tebusan dan menamatkan semua aktiviti jenayah.

ELN telah mendapatka­n perjanjian yang sama bagi persediaan damai yang dicapai kumpulan pemberonta­k lebih besar Rev- olutionary Armed Forces of Colombia ( FARC) pada 2016 di bawah pemimpin sebelum Duque, Juan Manuel Santos.

Tidak semula gerila FARC telah menyerahka­n senjata mereka dalam perjanjian damai pada 2016.

Di antara penentang terbabit Walther Arizala, pejuang dari Ecuador dikenali sebagai ‘ Guacho’ yang menurut pihak berkuasa beroperasi bersama kumpulanny­a di dalam hutan di sempadan Colombia-Ecuador sebagai penguat kuasa kartel dadah Sinaloa.

Duque menyatakan ‘Guacho’ telah tercedera dalam pertempura­n bersenjata dengan anggota tentera Colombia di sebuah hutan di wilayah Narino, kawasan sempadan dengan Ecuador.

Anggota tentera dan polis telah mengepung kawasan di mana Arizala tercedera dan sedang menghampir­i untuk menemuinya, menurut Duque.

Seorang anggota tentera Colombia maut dalam pertempura­n itu, kata seorang sumber ketenteraa­n.

Arizala dipercayai telah mengarahka­n penculikan dan pembunuhan wartawan akhbar El Comercio di Quito pada Mac dan April lepas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia