Utusan Borneo (Sarawak)

Ejen peronda sempadan AS didakwa bunuh, culik wanita

-

TEXAS: Pihak polis Texas kelmarin menangkap seorang ejen veteran Peronda Sempadan yang telah disyaki telah membunuh empat wanita dalam tempoh dua minggu lepas dan menculik mangsa kelima.

Juan David Ortiz, 35, yang sudah sedekad bekerja bagi Peronda Sempadan Amerika Syarikat (AS), ditemui bersembuny­i di sebuah tempat letak kereta Laredo selepas seorang wanita yang diculiknya berjaya melepaskan diri dan memaklumka­n pihak penguatkua­saan undangunda­ng, menurut pihak berkuasa.

“Kami percaya kami telah mengumpul bukti yang kukuh terhadap pembunuh ini.

“Komuniti kami kini selamat daripada pembunuh ini,” Syerif Daerah Webb Martin Cuellar menyatakan dalam satu kenyataan.

Ortiz didakwa lewat kelmarin atas empat tuduhan membunuh, serangan yang dirancangk­an dan penahanan secara tidak sah, Peguam Daerah Texas Isidro Alaniz menyatakan dalam kenyataan Twitter.

Nama-nama empat mangsa tidak segera diumumkan.

Media tempatan di Laredo, 150 batu barat daya San Antonio, menyatakan mangsa bekerja sebagai pelacur.

Mayat dua wanita ditemui bulan ini di sepanjang Interstate 35 di luar bandar barat laut Webb, lapor Laredo Morning Times, sementara yang ketiga dan keempat ditemui di kawasan yang sama pada hujung minggu ini.

Pegawai kanan Kastam dan Perlindung­an Sempadan AS (CBP) Andrew Meehan berkata, agensi telah bekerjasam­a sepenuhnya dengan pihak penyiasat. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia