Utusan Borneo (Sarawak)

Dua maut gara-gara dadah di festival muzik Sydney

-

MELBOURNE: Dua maut, 12 lagi dimasukkan ke hospital dan ratusan mendapatka­n bantuan perubatan selepas disyaki mengambil dadah berlebihan semasa festival muzik di Sydney, menurut pihak polis.

Remaja lelaki berusia 23 tahun dan remaja perempuan berusia 21 tahun mati kelmarin selepas pengsan ketika festival Defqon.1, menurut pihak polis.

Dua daripada 13 orang yang dimasukkan di hospital masih dalam keadaan kritikal, sementara kira-kira 700 lagi menerima bantuan di tempat kejadian.

Pihak polis mendakwa 10 suspek atas kesalahan bagi membekalka­n dadah, termasuk dua remaja yang dikatakan membawa 120 kapsul ke festival yang diadakan di Pusat Regata Antarabang­sa Sydney.

Pada 2015, seorang lelaki berusia 26 tahun mati ke- tika menghadiri festival itu dan pada 2013 seorang remaja lelaki berusia 23 tahun maut, kedua- duanya disyaki mengambil dadah berlebihan.

Pihak penganjur festival muzik tahunan tarian, keasyikan dan teknoi itu yang diadakan di Australia sejak 2009, menyatakan dalam laman sesawang mereka bahawa festival itu tiada toleransi terhadap dadah.

“Kami ingin memastikan anda menyedari bahawa penggunaan bahan haram boleh membawa pelbagai risiko terhadap kesihatan, termasuk kebarangka­lian kematian, dan dilarang tegas ketika acara ini,” menurut Defqon.1 dalam kenyataann­ya.

Pihak penganjurn­ya, QDance Australia, sebahagian penganjur acara di Belanda QDance, tidak dapat dihubungi dengan segera bagi mendapatka­n komen. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia