Utusan Borneo (Sarawak)

Bursa Malaysia diniaga tinggi Harga minyak mentah lebih kukuh, pasaran saham AS lebih baik

-

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka diniagakan tinggi minggu ini, berikutan pemulihan dalam sentimen pasaran secara keseluruha­n, kata peniaga.

“Sukar untuk menentukan pasaran pada minggu depan (minggu ini). Bagi minggu dagangan yang pendek dan baharu berakhir, ia hanya didorong oleh sentimen dalam pasaran.

“Bagaimanap­un, harga minyak mentah yang lebih kukuh dan prestasi pasaran saham AS yang lebih baik, termasuk Nasdaq, akan menjadi faktor untuk meningkatk­an pasaran pada minggu depan (minggu ini),” kata Presiden Persatuan Penganalis­is Teknikal Malaysia Nik Ihsan Raja Abdullah kepada Bernama.

Penanda aras minyak mentah Brent meningkat 0.17 peratus kepada AS$ 78.31 setong.

Beliau juga berkata saham teknologi tempatan akan menjadi tumpuan pada minggu ini, mendapat manfaat daripada ketegangan perdaganga­n dan prestasi Nasdaq yang kukuh.

“Oleh itu, saya percaya indeks komposit akan berada antara 1,790 dan 1,820,” katanya.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran kebanyakan­nya positif pada Jumaat, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman ekuiti AS.

Beliau juga berkata indeks harga pengguna AS, yang meningkat 2.7 peratus tahun ke tahun pada Ogos selepas naik 2.9 peratus pada bulan sebelumnya, menjangka kenaikan kadar di AS secara berperingk­at.

“Sementara itu, bank pusat Turki yang menaikkan kadar dasarnya kepada 24 peratus, menunjukka­n bank pusat itu mempunyai kebebasan untuk menentukan dasar monetari. Mungkin ini adalah faktor yang akan menyokong pasaran,” katanya.

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI ditutup tinggi 4.59 mata kepada 1,803.76.

Indeks FBM Emas naik 2.57 mata kepada 12,565.0 dan Indeks FBMT100 menambah 5.42 mata kepada 12,386.98.

FBM 70 susut 92.25 mata kepada 14,844.57, Indeks FBM Emas Shariah merosot 16.73 mata kepada 12,666.80, manakala FBM Ace naik 30.52 mata kepada 5,177.24.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan meningkat 127.33 mata kepada 17,923.44, Indeks Perladanga­n naik 47.03 mata kepada 7,551.86, manakala Indeks Perusahaan susut 17.19 mata kepada 3,204.36.

Jumlah dagangan mingguan merosot kepada 7.29 bilion unit bernilai RM7.87 bilion daripada 11.68 bilion unit bernilai RM10.15 bilion sebelum ini.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkuranga­n kepada 5.66 bilion saham bernilai RM8.99 bilion daripada 6.81 bilion saham bernilai RM9.05 bilion pada Jumaat lepas.

Jumlah dagangan waran naik kepada 2.98 bilion unit bernilai RM872.93 juta daripada 1.8 bilion unit bernilai RM488.26 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 1.73 bilion saham bernilai RM238.88 juta daripada 2.03 bilion saham bernilai RM360.64 juta.

Pasaran ditutup pada Isnin dan Selasa berikutan cuti umum.

Ia akan ditutup semula pada 17 September (Isnin) sempena Hari Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia