Utusan Borneo (Sarawak)

Pasaran getah teruskan aliran meningkat

-

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka meneruskan aliran meningkat minggu ini, dipacu oleh prospek peningkata­n harga di pasaran serantau dan global.

Presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia, Denis Low Jau Foo, berkata harga getah akan berterusan meningkat dengan permintaan bermusim meningkat terutama daripada negara-negara Eropah.

“Ia akan meneruskan momentumny­a untuk didagangka­n tinggi di sebalik ketegangan perdaganga­n China-Amerika Syarikat (AS) yang berterusan,” katanya kepada Bernama.

Mengulas mengenai perang perdaganga­n, Low berkata, kedua-dua negara harus bertemu dan menyasarka­n untuk mencari jalan mengurangk­an ketegangan.

“Perang perdaganga­n akan sedikit sebanyak memberi kesan kepada sektor getah dan kedua-dua negara adalah pengimport utama komoditi berkenaan dari Malaysia,” tambahnya.

Semalam, Jabatan Perangkaan berkata, pengeluara­n getah asli (NR) meningkat sebanyak 36.3 peratus kepada 56,397 tan pada Julai daripada 41,364 tan pada Jun.

Eksport NR menunjukka­n peningkata­n sebanyak 7.8 peratus kepada 56,490 metrik tan dengan China kekal destinasi utama berjumlah 52.4 peratus daripada keseluruha­n eksport pada Julai, diikuti oleh Jerman (11.6 peratus), Iran (7.6 peratus), Finland (4.3 peratus) dan AS (2.5 peratus).

Jabatan Perangkaan juga menyatakan, stok NR adalah 185,491 tan, susut 5.4 peratus bulan ke bulan daripada 196,084 tan sebelumnya.

Pasaran ditutup pada Isnin dan Selasa kerana cuti am dan akan ditutup lagi pada 17 September kerana cuti am gantian sempena Hari Malaysia.

Bagi minggu yang pendek, pasaran tempatan keban- yakan tinggi disokong oleh pasaran getah serantau yang kukuh dan harga minyak mentah yang tinggi selain kelemahan ringgit berbanding dolar AS.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, harga tengah hari Lembaga Getah Malaysia untuk gred tayar SMR 20 meningkat 5.5 sen kepada 546.0 sen sekilogram manakala lateks pukal meningkat enam sen pada 415.0 sen sekilogram.

Harga penutup jam 5 petang untuk SMR 20 menokok lima sen kepada 545.0 sen sekilogram, manakala lateks pukal meningkat 6.5 sen kepada 416.0 sen sekilogram. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia