Utusan Borneo (Sarawak)

Kedai Konsep Sharp Bintulu dibuka rasmi

Kebanyakan produk Sharp dibuat di Malaysia, bebas SST beri nilai lebih baik

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Kedai Konsep Sharp Bintulu di bawah pengurusan Onn Tien Electrical Trading Company dibuka secara rasminya di Taman Sri Dagang di sini, semalam dengan menawarkan pelbagai peralatan dan kelengkapa­n elektrik dan elektronik jenama Sharp.

Terdapat enam kedai konsep seumpamany­a di bandarband­ar utama di Sarawak termasuk Bintulu yang menyediaka­n jualan pelbagai produk terbaik dan perkhidmat­an berkaitan kepada para pelanggann­ya.

Semua produk Sharp yang diperkenal­kan di Malaysia ada dijual di kedai- kedai konsepnya.

Para pelanggan boleh mendapatka­n keterangan lanjut mengenai kedai konsep tersebut daripada kedai konsep Sharp yang ada dan Sharp telah menempuh sejarah 33 tahun di Malaysia merancang untuk memperluas­kan rangkaian perniagaan­nya di negara ini.

Kebanyakan produk Sharp dibuat di Malaysia dan bebas daripada Cukai Jualan dan Perkhidmat­an ( SST), berbanding pelbagai produk yang diimport, Sharp cuba menyerap SST, memberikan nilai yang lebih baik kepada pengguna.

Produk yang ditawarkan merangkumi televisyen, pendingin hawa, mesin basuh, peti sejuk serta mula memperkena­lkan AIoT (Artificial Intelligen­ce and Internet of things) kepada pelbagai produk.

Televisyen Sharp dengan panel LCD adalah peti televisyen berkualiti tinggi yang diimport dari Jepun.

Justeru sempena pembukaan kedai konsep ini, tempoh promosi produk Sharp akan berterusan sementara stok masih ada.

Bagi pembelian televisyen di kedai konsep Sharp akan mendapat waranti atau jaminan tambahan satu tahun sehingga warantinya naik daripada dua hingga tiga tahun.

Untuk keterangan lanjut serta untuk mendapatka­n produk-produk Sharp, sila kunjungi kedai konsep Sharap di Taman Sri Dagang Bintulu di sini.

 ??  ?? PELBAGAI PENAWARAN: Johnny (kiri), Ting (lima kiri) dan Lau (dua kanan) dan yang lain merasmikan pembukaan kedai konsep Sharp.
PELBAGAI PENAWARAN: Johnny (kiri), Ting (lima kiri) dan Lau (dua kanan) dan yang lain merasmikan pembukaan kedai konsep Sharp.
 ??  ?? TAHNIAH: Pengunjung (kanan) menerima hadiah cabutan bertuah semasa pembukaan kedai konsep Sharp daripada pihak Sharp.
TAHNIAH: Pengunjung (kanan) menerima hadiah cabutan bertuah semasa pembukaan kedai konsep Sharp daripada pihak Sharp.
 ??  ?? BERPUSU-PUSU: Orang ramai mengunjung­i kedai konsep Sharp yang baharu dibuka semalam.
BERPUSU-PUSU: Orang ramai mengunjung­i kedai konsep Sharp yang baharu dibuka semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia