Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia tiada masalah mengambil mereka yang layak untuk menerajui institusi utama

-

SINGAPURA: Malaysia tidak menghadapi masalah dalam mengambil mereka yang berkelayak­an untuk menerajui institusi utama, kata bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar mengatakan demikian kepada Felo Kanan di S Rajaratnam School of Internatio­nal Studies (RSIS), Nanyang Technologi­cal University (NTU), Singapura, Yang Razali Kassim, dalam ‘In Conversati­on With Anwar Ibrahim’ ( Perbualan Bersama Anwar Ibrahim).

Ia adalah sebahagian daripada siri perbincang­an RSIS berhubung Pilihan Raya Umum Ke-14 Malaysia dan kesannya.

Yang Razali yang memberikan senario kepada Anwar berkata: “Perjalanan untuk Malaysia Baharu adalah bersama beberapa kesan. Sebagai contoh mengenai ekonomi, terdapat masalah di Khazanah, institusi penting dana pelaburan kerajaan.

Akibat daripada itu dikatakan berlaku kehilangan mereka yang berkelayak­an. Masyarakat industri berkata mereka menghadapi kesukaran untuk mengambil mereka yang berkelayak­an untuk menerajui institusi utama. Bagaimana anda rasa ini akan dapat ditangani?

Maklum balas Anwar adalah: “Saya tidak berkongsi pandangan itu.”

“Mana- mana Perdana Menteri yang mengambil alih jawatan mempunyai hak untuk membuat beberapa perubahan. Kebanyakan negara melakukann­ya. Sebahagian­nya ( yang meninggalk­an institusi berkaitan) adalah mereka yang berkelayak­an. Mereka boleh meneruskan tugas di sektor swasta dengan kedudukan mereka yang baharu.

“Khazanah adalah contoh yang baik. Tetapi mereka menggantik­annya dengan ( Datuk) Shahril ( Ridza Ridzuan sebagai Pengarah Urusan baharu) yang tidak kurang dari segi kelayakan. Justeru biarkan beliau menguruska­n institusi berkenaan,” kata Anwar.

Shahril Ridza, Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, meneruskan tugas baharunya sebagai Pengarah Urusan Khazanah menggantik­an Tan Sri Azman Mokhtar pada 1 Ogos.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, adalah pengerusi baharu dana pelaburan strategik kerajaan itu, menggantik­an Datuk Seri Najib Tun Razak, yang meletak jawatan pada 31 Mei.

“Jika beliau (Shahril) bijak beliau boleh berunding dengan mereka yang menerajuin­ya sebelum ini kerana mereka tidak dilayan sebagai musuh. Tiada seorang pun yang didakwa.

“Kami ingin memastikan mereka mendapat isyarat yang jelas bahawa Khazanah harus kekal sebagai sebuah entiti perniagaan yang dikaitkan dengan kerajaan. Tetapi saya tidak percaya bahawa kerana kita menggantik­an (beberapa), justeru kita tidak mempunyai mereka yang berkelayak­an. Tan Sri dan mereka yang utama ada di sana,” tegas Anwar.

Pada Hari Kebangsaan pada 31 Ogos baru-baru ini, Anwar menerima Yang Razali sebagai tetamu di pejabatnya di Kuala Lumpur.

Versi penuh “In Conversati­on With Anwar Ibrahim” disiarkan di http:// www. rsis.edu.sg.

RSIS dirasmikan pada 1 Jan 2007 dengan sasaran menjadi institusi penyelidik­an dan pengajaran pascasiswa­zah dalam bidang strategik dan hubungan antarabang­sa terkemuka di Asia Pasifik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia