Utusan Borneo (Sarawak)

Pops Malaya sasar tembusi Brunei dan Singapura menjelang hujung tahun

-

KUALA LUMPUR: Pengeluar aiskrim, Doluvo Sdn Bhd, menyasar untuk melebarkan sayapnya ke Brunei dan Singapura menjelang hujung tahun sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjang syarikat berkenaan mengembang­kan jenama ‘Pops Malaya’ ke seluruh dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif, Yasmin Karim, berkata syarikat berkenaan menembusi pasaran Hong Kong awal bulan ini melalui pengedar yang mempunyai rantaian runcitnya sendiri yang meliputi bukan sahaja Hong Kong tetapi juga Macau.

“Dengan sokongan banyak agensi seperti Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia, Selangor Youth Community dan Invest Selangor, kami amat positif dalam mengekspor­t produk kami ke negara lain.

“Sasaran kami adalah negara ASEAN. Kami akan fokus kepada Brunei, Singapura, Myanmar, Kemboja, Laos, Vietnam dan Filipina,” katanya kepada Bernama.

Pops Malaya adalah minu- man ais serbuk yang diperbuat daripada buah-buahan dan kandungan semula jadi.

Yasmin berkata, syarikat berkenaan sedang dalam perbincang­an dengan pengedar berpotensi yang berpangkal­an di Filipina untuk mengedarka­n Pops Malaya di Maldives, Qatar dan Thailand.

Katanya, melalui langkah pengekspor­tan itu, syarikat berkenaan berharap menyumbang sekurang-kurangnya 20 peratus daripada jumlah perolehan.

“Menjelang 2020, kami berharap segmen eksport akan memberikan 50 peratus daripada jumlah perolehan kami,” katanya dan menambah, juga merancang meningkatk­an rangkaian produknya melalui pengenalan perisa baharu dan meningkatk­an portfolion­ya kepada kudapan sihat,” katanya.

Dari segi pengeluara­n katanya, syarikat berkenaan mampu untuk menampung permintaan yang besar kerana kilangnya di Ara Damansara masih belum berjalan dalam kapasiti penuh.

“Kami mengeluark­an kirakira 3,000 batang sehari tetapi maksimum pengeluara­n harian kami adalah 6,000 batang.

“Jika permintaan meningkat, kami boleh memenuhi tempahan dengan kapasiti sedia ada yang kami miliki di kilang. Kami cuma perlu meningkatk­an bilangan giliran pekerja,” jelasnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia