Utusan Borneo (Sarawak)

Aktiviti fizikal tidak sampai 60 minit sehari seperti seranan WHO

-

SHAH ALAM: Lebih 50 peratus golongan remaja di negara ini didapati tidak aktif dan mengamalka­n cara hidup sedentari (tidak sihat), kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) Datuk Dr Chong Chee Keong.

Beliau berkata, kajian Adolescent Health Survey 2017 menunjukka­n 81.2 peratus remaja adalah tidak aktif manakala 50.1 peratus remaja gemar duduk sehingga tiga jam tanpa sebarang aktiviti fizikal.

“Majoriti anak muda kita tidak cukup melakukan aktiviti fizikal sepertiman­a disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selama 60 minit setiap hari.

“Tidak aktif dalam aktiviti fizikal adalah risiko utama penyakit tidak berjangkit seperti jantung, kanser dan diabetes yang menjadi antara faktor utama kematian di negara ini,” katanya pada majlis penutupan Pertanding­an Kecergasan Peringkat Kebangsaan 2018 di sebuah pusat beli-belah di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Pengarah (Survelan Penyakit) KKM Dr Norhayati Rusli.

Menurut Dr Chong, kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 pula menunjukka­n satu daripada tiga orang dewasa tidak cukup aktif, 47.7 peratus rakyat berlebihan berat badan serta obes yang mana wanita didapati lebih obes berbanding lelaki.

“Amalan aktiviti fizikal adalah signifikan dengan faedah kepada kesihatan dan menyumbang kepada pencegahan penyakit tidak berjangkit.

“Oleh itu, kerajaan melalui KKM memberi tumpuan kepada dasar, intervensi dan perkhidmat­an kesihatan berkaitan aktiviti fizikal malah Malaysia, sebagai anggota WHO juga bersetuju mengurangk­an 10 peratus ketidakakt­ifan dalam aktiviti fizikal menjelang 2025,” katanya.

Sehubungan itu, kata Dr Chong, pertanding­an kecergasan tersebut yang melibatkan pelbagai golongan termasuk remaja dilihat bertepatan dengan hasrat kerajaan memastikan rakyat sentiasa aktif seterusnya mencegah penyakit tidak berjangkit.

Pertanding­an dimulakan sejak 2002 itu dengan objektif mempromosi aktiviti kecergasan secara meluas melalui pelbagai acara dan peringkat umur selain melahirkan pasukan kecergasan yang aktif dalam melatih aktiviti fizikal terhadap masyarakat.

Sebanyak 50 pasukan dari seluruh negara terdiri daripada golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa menyertai empat kategori yang dipertandi­ngkan tahun ini — senam sihat, lompat tali (kanak-kanak dan remaja) serta Fitballrob­ik. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMALAH: Wan Azizah menyampaik­an cek sumbangan kepada Persatuan Dignity for Children bernilai RM10,000 pada Majlis Makan Malam sempena Konvensyen Saintifik Tahunan Persekutua­n Persatuan Doktor Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM) Ke-2 di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama TERIMALAH: Wan Azizah menyampaik­an cek sumbangan kepada Persatuan Dignity for Children bernilai RM10,000 pada Majlis Makan Malam sempena Konvensyen Saintifik Tahunan Persekutua­n Persatuan Doktor Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM) Ke-2 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia