Utusan Borneo (Sarawak)

Projek sekolah daif yang masih dalam pembinaan akan dipantau lebih rapat

-

KOTA KINABALU: Sebanyak 10 projek menaik taraf dan membina semula bangunan sekolah daif menggunaka­n kaedah Sistem Binaan Berindustr­i (IBS) di Sabah telah disiapkan sepenuhnya, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Beliau berkata jumlah itu merupakan sebahagian daripada 120 projek menaik taraf serta membina semula sekolah daif di Sabah melibatkan peruntukan keseluruha­n bernilai hampir RM500 juta.

“Selebihnya (projek menaik taraf dan membina semula sekolah daif) masih lagi dalam pembinaan dengan kemajuan (pembinaan) ada mencapai 90 peratus (siap), 60 peratus dan projek sakit juga ada.

“Projek sekolah daif (yang masih dalam pembinaan) akan dipantau lebih rapat,” katanya kepada pemberita selepas melawat projek sekolah daif menggunaka­n kaedah IBS di Sekolah Kebangsaan (SK) Gudon dan SK Unggun di Manggatal, dekat sini, semalam.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementeria­n Pendidikan Datuk Dr Mohd Ghazali Abas; Setiausaha Persekutua­n Sabah Datuk Nor Rizan Mohd Thani; Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Hashim Paijan; dan Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Maimunah Suhaibul.

Ismail berkata kelewatan menyiapkan projek menaik taraf dan membina semula sekolah daif antara lain dis- ebabkan faktor reka bentuk selain kelulusan kebenaran merancang, dan pihaknya akan meniliti perkara itu bagi memastikan perancanga­n projek pembanguna­n sekolah daif di Sabah berjalan lancar.

Kesemua projek menaik taraf dan membina semula sekolah daif di Sabah dijangka siap sepenuhnya pada tahun depan, katanya.

Mengenai lawatan, Ismail berkata kemajuan pembinaan SK Gudon belum ditahap memuaskan, bagaimanap­un, beliau berpuas hati melihat kemajuan projek menaik taraf SK Unggun yang telah disiapkan dengan mempunyai kemudahan 15 bilik darjah serta sebuah makmal untuk kegunaan pelajar.

“Saya melihat mutu (bangunan) sekolah ini amat baik, cuma ada sedikit perlu diperbaiki dan diharapkan ia dapat diperbaiki dalam masa terdekat. Oleh kerana bangunan sekolah ini telah siap, pelajar dijangka boleh menggunaka­n sepenuhnya kemudahan di sini pada minggu depan,” katanya.

Beliau berkata bangunan sekolah SK Unggun juga akan digunakan sebagai pusat peperiksaa­n Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR) pada 20 hingga 27 Sept ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? NAIK TARAF: Ismail (duduk, kanan) memeriksa meja di salah sebuah kelas Sekolah Kebangsaan Unggun yang baharu dibina menggunaka­n teknologi Sistem Bangunan Berindustr­i semalam.
— Gambar Bernama NAIK TARAF: Ismail (duduk, kanan) memeriksa meja di salah sebuah kelas Sekolah Kebangsaan Unggun yang baharu dibina menggunaka­n teknologi Sistem Bangunan Berindustr­i semalam.
 ??  ?? BINCANG: Darell (kiri) berbincang dengan penduduk Kampung Hungab mengenai masalah yang dihadapi mereka.
BINCANG: Darell (kiri) berbincang dengan penduduk Kampung Hungab mengenai masalah yang dihadapi mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia