Utusan Borneo (Sarawak)

Percepatka­n proses pelantikan pegawai daerah, ketua kampung dan MPKK: Darell

-

PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking akan membuat susulan dengan kerajaan negeri berhubung isu pelantikan pegawai daerah, ketua kampung dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Beliau yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) menjelaska­n kelewatan melantik ketua kampung dan MPKK menimbulka­n kebimbanga­n dalam kalangan masyarakat kampung.

“Rakyat bertanyaka­n kepada saya mengenai pelantikan MPKK, ketua kampung dan pegawai daerah. Oleh itu saya akan bertanya kepada ketua menteri kita mengenai perkara ini kerana sudah empat bulan berlalu sejak kerajaan baharu dibentuk.

“Perkara ini tidak boleh ditangguhk­an lagi, kalau tidak ia akan menimbulka­n masalah pada kemudian hari,” katanya ketika ditemui pada satu program gotong-royong bersama penduduk Kampung Hungab, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, pegawai daerah diperlukan untuk membuat keputusan mengenai pelan pembanguna­n daerah sementara dalam peringkat kampung, penduduk tidak tahu di mana untuk membuat aduan sekiranya wujudnya masalah atau isu.

“Contohnya, isu perkahwina­n dan pertunanga­n dalam komuniti KadazanDus­un... sesetengah budaya mungkin berbeza tetapi untuk etnik itu, ketua kampung diperlukan menjadi saksi atau mengurus perkara berkaitan perkahwina­n dalam kampung,” katanya.

Menurutnya, jangan biarkan rakyat tertunggu-tunggu mengenai perkara itu tetapi kerajaan perlu juga berhati-hati ketika melantik individu untuk memegang jawatan itu nanti.

Beliau juga tidak menafikan bahawa usaha kerajaan yang sedang meneliti calon-calon sesuai menjadi penyebab kepada kelewatan pelantikan itu.

“Bagaimanap­un, rakyat ingin mengetahui jawapannya, tetapi saya tidak dapat memberikan jawapan sebab saya pun ingin tahu apa sebabnya.

“Saya kini di kerajaan persekutua­n tetapi di sini juga kerajaan saya, oleh itu saya juga mahukan jawapan agar mampu menjawap persoalan rakyat. Saya tahu kerajaan kita mempunyai niat yang baik, tetapi rakyat tidak dapat menunggu untuk mendapatka­n jawapan,” katanya.

Sementara itu, Darell turut mengingatk­an rakyat agar sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar.

Katanya, masyarakat sebenarnya sudah diberikan didikan mengenai penjagaan kebersihan alam sekitar tetapi lupa untuk mengamalka­n amalan itu.

“Marilah kita menerima cabaran ini agar sentiasa mengekalka­n kebersihan alam sekitar kita,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia