Utusan Borneo (Sarawak)

PIBG disaran berhubung terus dengan kementeria­n jika berdepan masalah

-

KOTA MARUDU: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) digesa menulis surat terus kepada Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi untuk melaporkan masalah dihadapi termasuk kekurangan dan pencapaian pelajar di sekolah masingmasi­ng.

Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Jenifer Lasimbang berkata, PIBG juga boleh menulis dan berjumpa dengannya untuk membincang­kan sebarang masalah yang mereka hadapi supaya bersama-sama mampu menyelesai­kan masalah berkaitan kebajikan sekolah dan pelajarnya.

“Banyak perbincang­an dibuat untuk mengeluark­an idea bertujuan memperbaik­i prestasi pelajar dan fizikal sekolah serta apa yang boleh kementeria­n lakukan untuk sekolah. PIBG boleh menulis surat kepada kementeria­n.

“Adalah menjadi tanggungja­wab kementeria­n untuk melihat keperluan sekolah terutama bagi sekolah-sekolah yang jauh dari bandar supaya dapat dipenuhi,” katanya ketika merasmikan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaa­n di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengadakan jelajah ke sekolah-sekolah pedalaman termasuk di Pensiangan dan tahu betapa mencabarny­a perjalanan untuk ke sana dengan menaiki bot, mendaki bukitbukau dan sebagainya.

Katanya, perkara yang menyedihka­n apabila ternampak keadaan sekolah-sekolah yang jauh terpencil itu agak teruk kerana tiada bekalan air bersih dan mencukupi, tiada kemudahan elektrik serta keadaan fizikal sekolah yang tidak stabil.

“Melihat kedaifan sekolahsek­olah ini, saya bertekad untuk menyelesai­kan masalah ini supaya semua anak-anak di Sabah mendapat pendidikan yang sewajarnya.

“Saya juga mahu sekolahsek­olah di luar bandar setaraf dengan sekolah di bandar dari segi pencapaian dan kemudahan. Kementeria­n dan PIBG perlu sama- sama mencari penyelesai­annya,” katanya.

Menurutnya, beliau turut berperanan mencari dana untuk membiayai pelbagai projek termasuk membina dan memperbaik­i sekolah yang baharu dan uzur.

“Saya akan bertungkus­lumus mencari badan bukan kerajaan (NGO) yang dapat memberikan sumbangan kewangan bagi memastikan hostel di Tandek ini dapat dibina.

“Kita tidak perlu tunggu untuk beberapa tahun lagi sebab kita tidak sanggup melihat para pelajar berkongsi satu kuarters dan satu tandas. Saya sedih dengan keadaan ini,” katanya merujuk kepada Asrama Puteri SMK Tandek yang terbakar pada April 2016.

Katanya, sekolah itu masih menunggu asrama untuk dibaiki atau dibina semula. Kebakaran itu menyebabka­n kira-kira 200 pelajar perempuan terpaksa tinggal dalam keadaan berhimpit di flat kakitangan. Suasana pembelajar­an adalah tidak selesa dan tidak kondusif.

 ??  ?? TINJAU: Jenifer (kanan) bersama Pegawai Pendidikan Daerah Kota Marudu Akdan@Datu Akdan Datu Basran (kiri) dan Pengetua SMK Tandek Jaimin Samaron meninjau kawasan Asrama Putri sekolah berkenaan.
TINJAU: Jenifer (kanan) bersama Pegawai Pendidikan Daerah Kota Marudu Akdan@Datu Akdan Datu Basran (kiri) dan Pengetua SMK Tandek Jaimin Samaron meninjau kawasan Asrama Putri sekolah berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia