Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan cemari sungai, laut

-

MIRI: Kira-kira 200 penduduk termasuk kanak-kanak Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Desa Pujut memeriahka­n sambutan Hari Malaysia dengan pakaian etnik masingmasi­ng.

Pengerusi KRT Desa Pujut Osman Ahmad berkata kepelbagai­an kaum di negeri ini melambangk­an kekuatan perpaduan dan keharmonia­n sejak dahulu lagi.

“Kepelbagai­an kaum ini mampu menyatukan masyarakat berbilang agama, bangsa dan budaya bahkan paling penting, kita hidup dalam suasana aman dan harmoni,” katanya.

Menurutnya, Hari Malaysia perlu dihayati oleh generasi muda kerana ia adalah sejarah penting dalam pembentuka­n Persekutua­n Malaysia.

“Pembentuka­n Malaysia tidak terlaksana jika kita berada dalam suasana tidak aman dan ketidaksef­ahaman.

“Hari ini kita bersyukur di bawah sebuah negara Malaysia, semua rakyat pelbagai kaum dan agama hidup harmoni di bawah satu bumbung,” ujarnya.

Dalam perkembang­an lain, KRT Desa Pujut menyokong dan bekerjasam­a erat dengan agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan menjayakan pelbagai aktiviti.

Kerjasama terbabit adalah wadah utama menyatukan masyarakat supaya sentiasa berfikiran positif.

“Landasan ini menjadi inisiatif kerjasama memerangi aktiviti jenayah, ragut, rogol dan aktiviti tidak bermoral dalam kalangan masyarakat.

“Aktiviti seumpama ini hanyalah sampingan dan memerlukan keikhlasan dan pengorbana­n masa walaupun mempunyai komitmen terha- dap keluarga,” jelasnya.

Turut hadir Pegawai Perpaduan Bahagian Miri Giri Nyareng dan Pengerusi Kelab Permotoran Y15ZR Miri Zainal Suhaili.

Majlis itu anjuran bersama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Kelab Permotoran Y15ZR serta KRT Desa Pujut.

 ??  ??
 ??  ?? TIDAK KETINGGALA­N: Penduduk KRT Desa Pujut turut sama meraikan Hari Malaysia dengan kepelbagai­an pakaian etnik masing-masing semalam.
TIDAK KETINGGALA­N: Penduduk KRT Desa Pujut turut sama meraikan Hari Malaysia dengan kepelbagai­an pakaian etnik masing-masing semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia