Utusan Borneo (Sarawak)

Dua individu disyaki curi beg duit direman empat hari

-

MIRI: Seorang wanita antara dua individu diperintah­kan Mahkamah Majistret di sini supaya direman empat hari kerana disyaki mencuri beg duit seorang juruteknik pendingin hawa.

Kedua-dua suspek berusia 32 dan 40 tahun masing-masing dari Jalan Lopeng, Riam dan Bandar Baharu Permyjaya di sini diperintah­kan menjalani reman itu di lokap Balai Polis Pusat Miri mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Menurut keterangan pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Kamel Sulaiman ketika mengemukan permohonan reman memberitah­u, pada jam 12 tengah hari 14 September lalu seorang lelaki membuat aduan di Balai Polis Pusat Miri.

Dalam aduannya, pengadu, 27, yang bekerja sebagai juruteknik pendingin hawa mendakwa sekitar jam 11.20 pagi hari sama pergi ke sebuah kedai menjual peralatan elektrik di Jalan Bendahara di sini berjumpa isteri.

Setelah meletakkan motosikaln­ya di tepi kedai itu, tiba-tiba dia didatangi seorang wanita bertanya tentang pendingin hawa.

Setelah wanita itu berlalu, pengadu menyedari bahawa beg duitnya yang disimpan dalam bakul motosikal hilang dilarikan wanita terbabit.

Wanita terbabit dilihat menyerahka­n beg duit pengadu kepada seorang lelaki dan serentak itu, pengadu mengejar wanita berkenaan dan berjaya menahannya serta memintanya memulangka­n beg duitnya.

Wanita itu kemudian menghubung­i lelaki yang membawa lari beg pengadu dan sementara suspek menyerahka­n beg duit, pengadu turut menghubung­i polis untuk meminta bantuan.

Bertindak atas maklumat, sekitar jam 11.28 pagi hari sama di belakang bangunan sebuah hotel di Miri Waterfront, polis menangkap kedua-dua suspek yang diserahkan pengadu.

Mahkamah membenarka­n reman selama empat hari ke atas kedua-dua suspek dan tempoh reman tamat pada 19 September ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia