Utusan Borneo (Sarawak)

AMANAH beri sokongan moral kepada anak ahli hadapi peperiksaa­n awam

-

KUCHING: Parti Amanah Negara ( AMANAH) Sarawak mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat Peperiksaa­n Awam 2018 baru-baru ini.

Menurut Pengarah Program Zulkarnain Suibun, program anjuran Unit Asatizah Biro Hal Ehwal Syariah AMANAH Sarawak itu bertujuan memberi sokongan moral kepada anak ahli parti yang akan menghadapi peperiksaa­n awam pada hujung tahun ini.

“Alhamdulil­ah, program bacaan Yassin dan solat hajat untuk anak-anak yang akan menghadapi peperik- saan UPSR, PMR, SPM dan STPM nanti yang kita adakan berjalan lancar,” katannya.

Tambahnya, program diadakan di Pejabat AMANAH Negeri di Matang itu turut dihadiri ibu bapa.

Turut hadir menyerikan majlis itu Timbalan Menteri Pembagunan Usahawan Malaysia Dr Hatta Ramli.

“Dengan kehadiran ibu bapa yang menggalakk­an pada program ini, kami merancang akan mengadakan program seumpama ini di seluruh negeri pada masa akan datang,” jelas Zulkarnain.

Beliau yang juga Setiausaha Unit Asatizah Biro Hal Ehwal Syariah AMANAH Sarawak berkata, banyak program yang akan dilaksanak­an khususnya program dalam bidang agama.

Setakat ini katanya, antara program yang diadakan majlis sambutan Awal Muharram, sembelih daging korban dan beberapa program ceramah agama.

“Kami yakin dengan adanya program sedemikian akan dapat merapatkan lagi silaturahi­m di antara ahli parti dan penduduk setempat serta masyarakat di negeri ini nanti,” ujarnya.

 ??  ?? HADIR: Sebahagian peserta mengambil bahagian pada Kursus Ternakan Itik Penelur di Bintulu semalam.
HADIR: Sebahagian peserta mengambil bahagian pada Kursus Ternakan Itik Penelur di Bintulu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia