Utusan Borneo (Sarawak)

Belum ada laporan orang hilang, berita palsu meresahkan penduduk

-

ROMPIN: Polis menggesa orang ramai menghentik­an penyebaran berita palsu tentang kes kehilangan 16 kanak- kanak dan remaja berusia 12 hingga 20 tahun dari sekitar daerah ini yang kononnya diculik untuk diambil organ dalaman.

Penularan berita palsu melalui aplikasi WhatsApp sejak tiga hari lepas telah menyebabka­n keresahan dalam kalangan penduduk di daerah ini walaupun sebenarnya ia tidak benar.

Menurut Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azli Mohd Noor Azli Mohd Noor setakat kini pihaknya belum menerima sebarang laporan kejadian orang hilang di daerah itu.

“Orang ramai diminta supaya berhenti menyebarka­n berita berkenaan kerana ia boleh menimbulka­n kebimbanga­n dalam kalangan masyarakat.

“Sekiranya terdapat sebarang berita yang meragukan, orang ramai seharusnya dapatkan pengesahan terutama daripada polis terlebih dahulu sebelum menyebarka­nnya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Sejak tiga hari lalu tular di media sosial kononnya terdapat satu sindiket menculik remaja dan kanak-kanak bergiat aktif di daerah ini menyebabka­n 16 orang hilang tanpa dikesan.

Kumpulan berkenaan kononnya menaiki motosikal dan kereta untuk menjalanka­n kegiatan jenayah itu dan dikatakan akan menjadikan Kluang, Mersing dan Kahang di Johor sebagai lokasi sasaran seterusnya. — Bernama

Sekiranya terdapat sebarang berita yang meragukan, orang ramai seharusnya dapatkan pengesahan terutama daripada polis terlebih dahulu sebelum menyebarka­nnya. DSP Azli Mohd Noor Azli Mohd Noor Ketua Polis Daerah Rompin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia