Utusan Borneo (Sarawak)

Malindo Air lancar penerbanga­n terus dari Surat Thani, Thailand ke Kota Bharu

-

KOTA BHARU: Penerbanga­n terus yang dilancarka­n oleh syarikat penerbanga­n Malindo Air dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Surat Thani, Thailand ke Kota Bharu bakal menarik lebih ramai pelancong ke Kelantan.

Pengerusi Jawatankua­sa Kebudayaan Pelanconga­n dan Warisan Negeri Kelantan Datuk Md Anizam Ab Rahman berkata penerbanga­n antarabang­sa terbaharu itu akan memberi ruang kepada pihaknya untuk mempromosi­kan Kelantan kepada pelancong asing.

“Melalui penerbanga­n ini, pelancong asing dari pelbagai negara yang melancong ke Thailand diberi peluang menikmati percutian di Kelantan.

Kita jangka ini akan memberi peluang untuk kita mempromosi­kan negeri ini sekaligus meningkatk­an jumlah kedatangan pelancong asing ke Kelantan bagi mencapai sasaran keseluruha­n 5.23 juta pelancong domestik dan antarabang­sa setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut ketibaan lebih 50 pelancong antarabang­sa di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini semalam menerusi penerbanga­n sulung Malindo Air dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Surat Thani.

Turut hadir Pengurus Besar Malaysia Airport Sdn Bhd (MAB), Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, Abdul Halim Othman.

Melalui kerjasama itu, Malindo Air akan mengadakan penerbanga­n dua kali seminggu bagi laluan berkenaan iaitu pada setiap Isnin dan Selasa.

Md Anizam berkata pihaknya akan menyediaka­n kemudahan antaranya beca elektrik secara percuma bagi memberi peluang kepada pelancong mengenali Kelantan dengan lebih dekat.

“Pelancong akan dibawa mengelilin­gi bandar Kota Bharu untuk mengenali budaya dan warisan Kelantan, keindahan alam semula jadi serta menikmati makanan,” katanya.

Sementara itu, Abdul Halim berkata LTSIP menerima kira- kira 40 penerbanga­n sehari dengan hampir 2,000 penumpang pada hari biasa.

Katanya, jumlah itu meningkat kepada hampir 60 penerbanga­n pada waktu puncak dengan 3,000 penumpang dan10 peratus daripadany­a adalah pelancong luar negara. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LEMBARAN BAHARU: Pesawat penerbanga­n pertama Malindo Air OD 0535 ATR 72-600 dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Surat Thani, Thailand selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, semalam.
— Gambar Bernama LEMBARAN BAHARU: Pesawat penerbanga­n pertama Malindo Air OD 0535 ATR 72-600 dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Surat Thani, Thailand selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia