Utusan Borneo (Sarawak)

Cawangan lain akan dibuka secara berperingk­at di seluruh negara

-

MELAKA: Pusat Kesihatan Bioems (M) Sdn Bhd yang berpangkal­an di Singapura, membuka cawangan pertamanya di negara ini di Kota Laksamana, di sini, dengan nilai pelaburan kirakira RM2 juta.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri Melaka, Low Chee Leong, berkata pusat kesihatan yang menggunaka­n teknik ‘ electric muscular stimulatio­n’ (simulasi otot elektrik) sebagai rangsangan dan rawatan kepada tubuh badan itu memberikan perkhidmat­an percuma kepada orang ramai khususnya rakyat di negeri ini.

“Rawatan ditawarkan Pusat Kesihatan Bioems juga mengguna pakai konsep perubatan tradisiona­l Cina untuk menambah keberkesan­an rawatan ‘electric muscular stimulatio­n’ dan ia tidak menggunaka­n sebarang ubat.

“Teknik rawatan ini adalah satu cabang atau teknik baharu dalam bidang kesihatan pada masa ini yang digunakan sebagai alternatif atau langkah pencegahan awal untuk pelbagai penyakit terutama berkaitan sendi atau saraf,” katanya kepada pemberita, di sini, kelmarin.

T e r d a h u l u , b e l i a u merasmikan pembukaan Pusat Kesihatan Bioems (M) Sdn Bhd di Taman Kota Laksamana Jaya, di sini. Turut hadir, Pengarah Urusan Bioems (M), Sdn Bhd, Wong Yoke Seng.

Mengulas lanjut, Low berkata, pembukaan pusat kesihatan berkenaan selaras dengan matlamat kerajaan Pakatan Harapan menjadikan kebajikan sebagai asas dalam perkhidmat­an sekali gus dapat membantu rakyat.

“Saya difahamkan, mesin digunakan untuk rawatan mendapat pengiktira­fan kerajaan Singapura,” katanya.

Sementara itu, Wong berkata, beberapa lagi cawangan Pusat Kesihatan Bioems (M) Sdn Bhd akan dibuka secara berperingk­at di seluruh negara dalam tempoh dua tahun akan datang.

Beliau berkata, cawangan kedua pusat berkenaan akan dibuka di Kuala Lumpur dalam tempoh dua bulan diikuti negeri lain termasuk di Pulau Pinang dan Sarawak.

“Kita mempunyai 50 mesin rawatan di Kota Laksamana dan sekurangku­rangnya 400 orang boleh dirawat menggunaka­n mesin berkenaan sehari,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RASMI: Low (dua kanan) merasmikan Pusat Kesihatan Bioems (M) Sdn Bhd di Kota Laksamana, kelmarin. Pusat kesihatan yang dibangunka­n dengan niai pelaburan berjumlah RM2 juta itu merupakan cawangan pertamanya di negara ini dan ia berpangkal­an di Singapura.
— Gambar Bernama RASMI: Low (dua kanan) merasmikan Pusat Kesihatan Bioems (M) Sdn Bhd di Kota Laksamana, kelmarin. Pusat kesihatan yang dibangunka­n dengan niai pelaburan berjumlah RM2 juta itu merupakan cawangan pertamanya di negara ini dan ia berpangkal­an di Singapura.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia