Utusan Borneo (Sarawak)

At Eternity’s Gate’ papar penamat Van Gogh dibunuh

-

SEBUAH filem baharu mengenai pelukis Vincent Van Gogh mendakwa dia telah dibunuh dan bukannya menembak diri sendiri.

‘At Eternity’s Gate’ yang dibintangi Willem Dafoe sebagai genius yang terseksa itu, mengadakan tayangan perdana barubaru ini di Festival Filem Venice.

Di dalamnya, pelukis itu ditembak selepas satu pergelutan dengan belia tempatan dekat perkampung­an Auverssur-Oise di luar Paris, di mana pelukis itu menghabisk­an bulanbulan terakhir dalam hidupnya pada 1890.

Dia meninggal dunia 36 jam kemudian selepas dia berjalan balik terhuyungh­ayang ke rumah tumpangan tempatan dalam kegelapan.

Sementara kebanyakan pakar sejarah bersetuju Van Gogh membunuh diri, pelukis terkenal dan pengarah yang pernah dicalonkan untuk Anugerah Oscar, Julian Schnabel, meniup teori bahawa dia dibunuh di dalam filem itu.

Penulis lakon layar legenda dari Perancis, Jean-Claude Carriere – yang sama-sama menulis skrip bersama Schnabel – memberitah­u AFP “bukti tiada langsung bahawa dia membunuh diri. Adakah saya percaya Van Gogh membunuh diri? Sama sekali tidak!”

“Dia kembali ke rumah tumpangan dengan peluru dalam perutnya dan tidak ada orang yang pernah menjumpai pistol berkenaan atau bahan lukisannya,” ujar Carriere.

“Apa yang kita lawan adalah legenda romantik gelap Van Gogh. Dalam tempoh terakhir kehidupann­ya Van Gogh sentiasa bekerja. Setiap hari dia membuat kerja baharu,” katanya.

Minggu-minggu terakhirny­a, ketika dia melukis ‘Portrait of Dr Gachet’ – yang mencipta rekod dunia ketika ia dijual dengan harga AS$82.5 juta (77 juta euro) pada 1990 – “sama sekali tidak sedih”, dakwa penulis itu.

- Tidak ada kecenderun­gan untuk membunuh diri -

Schnabel menegaskan bahawa seorang lelaki yang sudah melukis 75 kanvas selama 80 hari dia berada di Auvers-sur-Oise tidak mungkin cenderung untuk membunuh diri.

Teori bahawa Van Gogh tidak membunuh diri pertama kali dibangkitk­an dalam sebuah biografi pada 2011 mengenai pelukis itu oleh Steven Naifeh dan Gregory White Smith.

Schnabel berkata pistol berkenaan mahupun “bahan lukisan yang dia bawa bersamanya pada hari itu tidak pernah dijumpai. Ia adalah aneh untuk menyembuny­ikan barang anda jika anda membunuh diri”.

‘At Eternity’s Gate’ juga kemungkina­n akan membuka medan baharu dalam perbalahan mengenai buku lakaran Van Gogh “yang hilang”, yang didakwa muncul semula selepas 126 tahun pada 2016 dan disahkan sebagai tulen oleh dua pakar sejarah kesenian terkemuka pada tahun lepas.

Pakar veteran British, Ronald Pickvance, mendakwa buku itu merupakan “penemuan paling mencetuska­n revolusi dalam sejarah kajian Van Gogh”.

Namun Muzium Van Gogh di Amsterdam mempertika­ikan keaslianny­a dan menolak lukisan itu sebagai tiruan.

Buku itu, pada asalnya sebuah lejar dari Cafe de la Gare di Arles di mana Van Gogh tinggal dalam beberapa waktu antara 1888 hingga 1890, dipaparkan dengan menonjol di dalam filem berkenaan.

Schnabel dan pasukannya sendiri meneliti lukisan itu dan pengarah menekan tangan Dafoe ke dalamnya, katanya kepada AFP, untuk “memaksa transmisi – satu hubungan di antara saya dan Van Gogh”.

Ia jelas berkesan, dan Dafoe, yang begitu menyerupai Van Gogh dalam filem itu, sudah diramal akan memenangi hadiah pelakon terbaik di Venice. - ‘Semua sejarah adalah satu pembohonga­n’ -

Pelakon itu berkata ketika mereka membuat penggambar­an di kawasan lapang di sekitar Arles di mana pelukis itu melukis dan di pusat sakit jiwa di Saint-Remy di mana dia dikurung, “kami mengusik hantu Van Gogh”.

Schnabel berkata filem itu bukan bertujuan untuk menjadi biopik berfakta, kerana “Semua sejarah adalah satu pembohonga­n”.

“Saya tidak peduli sama ada buku nota itu asli ataupun tidak, jika dia membunuh diri atau tidak membunuh diri. Ia tidak relevan. Namun dalam filem itu, ia adalah menyenangk­an hati untuk tahu bahawa kemungkina­n lain wujud.”

Filem itu juga peluang bagi “saya untuk menyatakan perkara mengenai lukisan, dan ia amat menyeronok­kan untuk bercakap menerusi Van Gogh”. — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? WILLEM DAFOE & ISTERINYA GIADA COLAGRANDE
WILLEM DAFOE & ISTERINYA GIADA COLAGRANDE
 ??  ??
 ??  ?? JULIAN SCHNABEL DAN MADS MIKKELSEN
JULIAN SCHNABEL DAN MADS MIKKELSEN
 ??  ?? JULIAN SCHNABEL
JULIAN SCHNABEL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia