Utusan Borneo (Sarawak)

Pemakai Menoa memang diiktiraf

- Oleh Oleh Patricia Gari

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata Pemakai Menoa (PM) diiktiraf dan diberi kuasa undangunda­ng menerusi pindaan Seksyen 6A(2) dan Seksyen (3)(b) Kanun Tanah Negeri.

“Rang Undang- Undang Kanun Tanah Negeri bagi meminda pindaan Seksyen 6A( 2) dan Seksyen ( 3)( b) yang dilulus DUN (Dewan Undangan Negeri) pada 12 Julai 2018 telah memberi kuasa undang-undang kepada Pemakai Menoa, maknanya ia sudah diberi pengiktira­fan.

“Saya tidak tahu apa yang mereka fikirkan. Pindaan Seksyen 6A(2) dan Seksyen 6A(3)(b) Kanun Tanah Negeri adalah inisiatif Kerajaan Sarawak untuk mengiktira­f PM khasnya dan tanah Hak Adat Bumiputera ( NCR) amnya,” tegas beliau ketika dihubungi semalam.

Uggah berkata demikian apabila diminta mengulas antara resolusi yang dicapai semasa Persidanga­n Kebangsaan Dayak (DNC) kelmarin (Isnin).

Pada persidanga­n itu lebih 10 resolusi dicapai dan antaranya ialah mahu Kerajaan Sarawak mengiktira­f PM secara sah atau setaraf dalam adat peribumi lain (adat asal) bagi jaminan pemilikan ke atas tanah NCR.

DNC juga berkata Kerajaan Sarawak mesti telus menyediaka­n penyata kewangan berhubung semua pembanguna­n tanah NCR sama ada secara usaha sama (JV) atau swasta dan apabila tempoh pajakan sementara tamat tanah berkenaan mesti dikembalik­an kepada pemilik asal.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata pindaan Seksyen 6A(2) Kanun Tanah Negeri melibatkan had domain kawasan peribumi (NTD) iaitu sehingga 1,000 hektar.

Manakala pindaan Seksyen 6A(3(b) memperuntu­k pengeluara­n surat hak milik tanah guna sama peribumi bukan hanya untuk selamanya malah tanpa bayaran premium, sewa atau caj lain.

Semasa sidang media sebaik selepas DUN meluluskan RUU Kanun Tanah Negeri (Pindaan) 2018, Uggah turut menyatakan NTD menjangkau­i PM dan Pulau Galau den- gan keluasan sehingga 1,000 hektar atau 2,500 ekar.

“Sekarang domain kawasan peribumi adalah ‘tau ngena, tau ngempu’ (boleh digunakan dan boleh dimiliki), bukan seperti sebelum ini ‘tau ngena tang nak tau ngempu’ (boleh diguna/diusahakan tetapi tidak boleh dimiliki).

“Peribumi di negeri ini boleh mengemukak­an tuntutan sehingga 1,000 hektar atau 2,500 ekar untuk mendapatka­n hak pemilikan tanah dalam NTD,” katanya.

Sementara itu Uggah berkata Kerajaan Sarawak telah mewujudkan pasukan audit bagi mengaudit semua projek usaha sama melibatkan NCR.

Beliau berkata, objektif penubuhan pasukan audit itu ialah memantau rapat penyata kewangan termasuk kos projek pembanguna­n tanah NCR secara usaha sama.

“Pasukan Audit ini mengaudit semua projek JV melibatkan tanah Hak Adat Bumiputera di Sarawak.

“Ia juga memantau rapat termasuk kos terlibat, untuk kepentinga­n pemilik tanah,” katanya.

Sebelum ini ketika menyampaik­an ucapan penggulung­an pada Persidanga­n DUN Mei 2017, Uggah berkata kementeria­nya memperkena­lkan model baharu untuk mempercepa­tkan pembanguna­n tanah NCR.

Menurutnya model itu adalah mengenai pajakan tanah berdasarka­n sewa bulanan tetap bagi setiap satu hektar yang dipersetuj­ui antara pemilik dengan syarikat pelabur.

“Di bawah aturan ini, pembayaran sewa akan bermula dari tahun pertama penanaman dan diteruskan sepanjang tempoh pajakan iaitu 60 tahun.

“Model ini memastikan pulangan segera, konsisten dan mampan kepada pemilik tanah,” katanya.

Uggah berkata, modul pajakan akan menjadi alternatif melengkapk­an Modul Usaha Sama (JV) sedia ada.

Rang Undang-Undang Kanun Tanah Negeri bagi meminda pindaan Seksyen 6A(2) dan Seksyen (3)(b) yang dilulus DUN (Dewan Undangan Negeri) pada 12 Julai 2018 telah memberi kuasa undang-undang kepada Pemakai Menoa, maknanya ia sudah diberi pengiktira­fan. Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

 ??  ??
 ??  ?? UGGAH
UGGAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia