Utusan Borneo (Sarawak)

DIJERAT KENALAN MAYA

Suri rumah diperdaya pindah RM2,500 oleh ‘kawan’ lelaki dalam Facebook.

- Oleh Michael Ubam

SIBU: Hobi melayari Facebook dan berkenalan dengan lelaki asing membawa padah kepada seorang suri rumah apabila keinginan yang melampau untuk mendapatka­n kiriman hadiah akhirnya mengundang kerugian berjumlah RM2,500.

Selepas berkenalan selama seminggu, kenalan maya kononnya dari Amerika Syarikat itu berjanji

untuk mengirimka­n hadiah kepada pengadu yang berusia 35 tahun.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, pengadu dimaklumka­n suspek yang dikenali sebagai David mengenai pemberian hadiah sebagai tanda perkenalan mereka melalui aplikasi WhatsApp.

“Pada 10 September lalu, pengadu sekali lagi menerima pesanan WhatsApp daripada sebuah ejen kurier yang menyatakan barang pengadu sudah sampai tetapi melebihi muatan dan perlu membayar denda berjumlah RM5,100,” katanya. Katanya, pengadu kemudian bersetuju untuk membayar denda selepas bayaran dikurangka­n separuh.

“Tanpa curiga pengadu terus membuat pemindahan wang ke dalam sebuah akaun bank seperti diarahkan,” katanya.

Bagaimanap­un, pengadu akhirnya tersedar dirinya ditipu apabila suspek sekali lagi meminta pengadu untuk menjelaska­n baki RM2,600.

Stanley menambah, suspek memperdaya­kan pengadu untuk membuat bayaran denda bagi kiriman lebih muatan yang sebenarnya tidak wujud.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang guru wanita diperdayak­an untuk ‘membayar’ kesalahan jenayah yang tidak wujud dengan kerugian mencecah RM6,500.

Pengadu, 36, menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkena­lkan diri sebagai anggota polis dari IPD Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada jam 9 pagi kelmarin.

Stanley berkata, pengadu diberitahu lelaki itu bahawa dia disyaki terlibat dengan kes pengubahan wang haram dan pengedaran dadah.

“Selepas itu, panggilan pengadu disambungk­an kepada seorang pegawai lain yang meminta pengadu untuk membuat pembayaran RM12,000 bagi tujuan ikat jamin kes itu,” katanya.

Katanya, pengadu memasukkan wang berjumlah RM6,500 ke dalam sebuah akaun bank seperti yang diarahkan.

“Sebaik sahaja pengadu menghantar salinan resit pemindahan wang itu, talian pengadu disekat serta-merta dan gagal disambungk­an,” katanya.

Satu laporan polis telah dibuat pengadu berhubung kejadian itu.

“Suspek memperdaya­kan pengadu untuk membuat pembayaran atas kesalahan jenayah yang sememangny­a tidak wujud.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” jelas Stanley.

 ??  ?? STANLEY
STANLEY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia