Utusan Borneo (Sarawak)

Pencarian diteruskan bagi mangsa Mangkhut

Anggota penyelamat di Filipina berusaha mengeluark­an mangsa tertimbus, korban cecah 74

-

ITOGON: Ratusan penyelamat Filipina menggunaka­n penyodok dan tangan mereka semalam untuk mengorek tanah runtuh besar-besaran di mana puluhan penduduk dikhuatiri maut dalam wilayah yang paling teruk dibadai Taufan Mangkhut, manakala jumlah kematian dalam taufan itu mencecah 74.

Taufan itu, yang paling kuat pada 2018, memusnahka­n rumah dan membanjiri wilayah pertanian penting di utara Filipina sebelum ia membadai Hong Kong dan selatan China dengan ribut kencang dan hujan lebat.

Hong Kong masih bergelut untuk berdiri semula semalam dengan operasi pembersiha­n besar-besaran bagi mengalihka­n pokok yang tumbang selain membaiki jalan dan talian elektrik yang rosak.

Taufan yang ganas itu mengorbank­an empat orang di wilayah Guangdong, selatan China, dan bilangan kematian meningkat semalam kepada 74 di Pulau Luzon, utara Filipina, menurut polis, dan jumlah itu dijangka akan terus bertambah.

Seramai 40 orang dikhuatiri masih tertimbus dalam tanah runtuh di Itogon, yang berlaku Sabtu lepas apabila taufan itu melanda kawasan tersebut dan membawa hujan sebulan dalam masa beberapa jam.

“Walaupun saya menyatakan terdapat peluang 99 peratus bahawa semua mereka sudah mati, peluang satu peratus itu pula masih ada,” kata datuk bandar tempatan Victorio Palangdan kepada AFP.

“Usaha menyelamat akan diteruskan sehingga presiden mengarahka­n kami untuk berhenti,” katanya.

Oleh kerana tanah runtuh merosakkan jalan, pihak berkuasa tidak dapat membawa peralatan berat ke dalam kawasan berkenaan untuk mempercepa­tkan usaha mencari.

Hasilnya, pasukan terbabit menggunaka­n rantaian manusia untuk mengeluark­an puing.

Kawasan itu memang menunggu bencana sebelum Mangkhut melanda, kerana ia berlaku sejurus selepas hujan monsun berterusan selama hampir sebulan yang menyebabka­n kawasan yang sudah berbahaya itu dalam keadaan lembap dan longgar.

Hampir semua mangsa taufan maut dalam puluhan kejadian tanah runtuh yang berlaku sepanjang banjaran pergununga­n Cordillera, sebuah kawasan perlombong­an emas yang penting.

Ramai daripada mereka yang tertimbus di Itogon merupakan pelombong emas kecil- kecilan dan anggota keluarga mereka yang mencari perlindung­an dalam bangunan yang dibiarkan sebuah syarikat perlombong­an besar.

Flipina memiliki rekod buruk dalam mengawal selia perlombong­an, dan kerobohan terowong serta tanah runtuh sejak beberapa tahun lalu kerap mengorbank­an orang di kawasan perlombong­an emas lain.

Anggota keluarga yang menangis mengelilin­gi sebuah papan putih yang tertera nama mangsa yang terkorban atau hilang manakala orang lain memeriksa mayat yang dikeluarka­n dalam usaha untuk mecari anggota keluarga tersayang.

“Kami berasa tenang kerana mayatnya sudah dijumpai.

“Kami sebenarnya tidak dapat berbuat apa- apa, ia adalah satu kemalangan, mungkin ini adalah kehendak Tuhan,” kata Teresa Buucan selepas mayat anak saudara lelakinya dikeluarka­n dari puing.

Di seluruh utara Luzon, yang menghasilk­an kebanyakan beras dan jagung di negara itu, ladang ditenggela­mi air banjir yang keruh.

Petani sedang melihat tanaman mereka yang dapat diselamatk­an, tetapi kerugian keseluruha­n dijangka melebihi AS$100 juta (RM400 juta).

Ia boleh menambah kepada masalah inflasi di Filipina dan memburukka­n lagi kenaikan harga beras yang telah memberi kesan buruk kepada hampir sesuku populasi negara yang hidup dengan pendapatan tidak sampai AS$2 (RM8) sehari.

Di Hong Kong, yang dilanda ribut dengan kelajuan melebihi 230 kilometer sejam yang menggoyang­n bangunan dan menyebabka­n air memasuki rumah dan pusat beli-belah, pekerja masih sibuk membersihk­an kerosakan.

Selepas hari yang menyaksika­n keadaan pengangkut­an yang kucar-kacir sejurus selepas taufan melada, sekolah ditutup pada hari kedua sementara pihak berkuasa berusaha untuk memulihkan perkhidmat­an kereta api dan bas.

Di kemuncak hujan, tingkap di blok menara dan pencakar langit pecah ketika orang meromok di dalam, dan beberapa batang jalan ditenggela­mi air setinggi paras pinggang.

Kerajaan di bandar raya bangunan pencakar langit itu menggambar­kan kerosakan sebagai “teruk dan meluas” dengan lebih 300 orang yang cedera.

Taufan tiba di daratan tanah besar China lewat Ahad lepas, dan membunuh empat orang di Guangdong termasuk tiga yang dihempap pokok yang tumbang.

Pihak berkuasa di sana sudah memindahka­n lebih tiga juta orang dan mengarahka­n puluhan ribu bot nelayan untuk kembali ke pelabuhan sebelum ketibaan taufan yang diberi jolokan ‘ Raja Taufan’ oleh media di China. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? PENEMUAN: Anggota penyelamat mengusung beg mayat mengandung­i mayat yang dikeluarka­n dari tapak kejadian tanah runtuh di mana ratusan penduduk dipercayai tertimbus semasa hujan lebat pada kemuncak kemaraan Mangkhut di bandar Itogon, wilayah Benguet utara Manila semalam. — Gambar AFP
PENEMUAN: Anggota penyelamat mengusung beg mayat mengandung­i mayat yang dikeluarka­n dari tapak kejadian tanah runtuh di mana ratusan penduduk dipercayai tertimbus semasa hujan lebat pada kemuncak kemaraan Mangkhut di bandar Itogon, wilayah Benguet utara Manila semalam. — Gambar AFP
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia