Utusan Borneo (Sarawak)

EMPAT DICEKUP, DISYAKI TERLIBAT SALAH GUNA DADAH

-

KUCHING: Seramai empat lelaki ditangkap Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan kerana disyaki terlibat aktiviti penyalahgu­naan dadah dalam satu serbuan semalam.

Ketua Polis Daerah Superinten­den Aidil Bolhassan berkata, serbuan hasil risikan serta maklumat awam tersebut dilakukan ke atas sebuah pondok di Jalan Kuching-Serian sekitar jam 1.30 petang.

Difahamkan, keempat-empat suspek yang berusia lingkungan 40 hingga 58 tahun.

“Pemeriksaa­n lanjut di dalam pondok tersebut berjaya menemui satu peket plastik lutsinar yang mengandung­i ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 0.52 gram.

“Selain itu, turut dijumpai satu bekas logam di dalam beg salah seorang suspek yang didapati mengandung­i satu tiub straw dan tujuh peket plastik lutsinar berlainan warna yang berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat kira-kira 5.75 gram.

KUALA LUMPUR: Seorang wanita terpaksa meringkuk di dalam penjara selama sebulan akibat menawarkan perkhidmat­an seks kepada anggota polis.

Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki menjatuhka­n hukuman itu terhadap S.L. Mahaletchu­my, 37, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan menawarkan khidmat seks kepada seorang anggota polis.

Wanita itu yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Hotel Sun Ya, di Jalan Raja Laut, di sini pada jam 7.15 malam, 14 September lepas mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintah­kan wanita itu menjalani huku- man penjara itu mulai tarikh tangkap pada 14 September lepas.

Di mahkamah sama, seorang pengawal keselamata­n, Sani Ghazali,38, dihukum penjara tujuh hari selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri pelbagai jenis coklat bernilai RM126 di Pasaraya Aeon, Mid Valley di sini pada 10.45 malam, 15 September lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Di Mahkamah Majistret berlainan, seorang pekerja kedai besi buruk, T.D. Murugesaan, 30, dijatuhi hukuman penjara setahun selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri sebuah van berharga RM8,000 di Sri Rampai, Wangsa Maju, pada 1 Mei lepas. — Bernama

 ??  ?? AIDIL
AIDIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia