Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga lelaki cedera dalam kemalangan di jalan raya

-

MIRI: Seorang lelaki cedera pada kepala dan lutut kaki kanan selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Bumiko, Miri- Bintulu, petang kelmarin.

Pegawai Pertahanan Daerah Miri Kapten (PA) Mohd Hazle Abdul Hamid berkata, pihak menerima panggilan kecemasan mengenai kes kemalangan itu kira- kira jam 4.45 petang.

Skuad Charlie diketuai (PA) Fildatul Akmar Juli dibantu tiga anggota kemudian bergegas ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan kecemasan.

Setibanya di lokasi, seorang lelaki dewasa berumur 44 tahun mengalami kecederaan di kepala dan lutut kaki kanan akibat tertusuk objek tajam.

Menurut keterangan orang awam, mangsa dikatakan memandu kenderaan hilang kawalan akibat jalan licin lalu terbabas dan melanggar sebuah kenderaan lain.

Mangsa yang cedera kemudian dirawat Skuad Charlie sebelum dihantar ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut.

Dalam kejadian berasingan, dua lelaki dewasa ber- depan detik cemas apabila dilanggar sebuah kenderaan dari arah belakang di Taman Bulatan Saberkas.

Kedua-dua mangsa yang menunggang motosikal dipercayai dilanggar sebuah kenderaan dari belakang dan dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan.

Skuad Charlie yang bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan memberikan rawatan segera sebelum mangsa dihantar ke Hospital Miri.

 ??  ?? BANTUAN AWAL: Anggota Skuad Charlie APM merawat mangsa yang terlibat dalam kemalangan, kelmarin.
BANTUAN AWAL: Anggota Skuad Charlie APM merawat mangsa yang terlibat dalam kemalangan, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia