Utusan Borneo (Sarawak)

Ugutan jenayah, pemuda direman tiga hari

-

MIRI: Seorang pemuda yang ditangkap kerana disyaki melakukan ugutan jenayah diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman tiga hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Perintah reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah itu dikeluarka­n Pendaftar Mahkamah Rendah Brian Bryan Mason dalam kes yang disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu menurut keterangan pegawai penyiasat Inspektor Mohammad Nashriq Noring ketika mengemukak­an permohonan reman tersebut, pada awal pagi 17 September lalu, seorang wanita telah membuat laporan polis.

Dalam aduannya, pengadu yang berusia 51 tahun dari Taman Jelita di sini mendakwa sekitar jam 3.30 petang 16 September lalu, seorang wanita datang ke rumah beliau dan terus menampar muka anak perempuann­ya manakala seorang lelaki mengugut hendak membunuh cucu lelakinya.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 2 pagi 17 September lalu di Jalan Kwang Tung di sini, polis telah menangkap seorang lelaki kerana disyaki terli- bat dalam kes ini.

Dalam permohonan­nya Nashriq berkata, memandangk­an siasatan lanjut tidak dapat disiapkan dalam tempoh 24 jam, justeru pihak pendakwaan memohon reman selama empat hari ke atas suspek bagi membolehka­n polis melengkapk­an kertas siasatan.

Selain itu, polis masih memerlukan masa untuk merakam percakapan suspek dan juga saksi-saksi terlibat.

Bagaimanap­un, mahkamah hanya membenarka­n reman tiga hari dan memerintah­kan suspek dihadapkan semula ke mahkamah pada 20 September ini untuk sebutan kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia