Utusan Borneo (Sarawak)

Perbincang­an meja bulat sudah memadai, tidak perlu melalui proses Dewan Rakyat, kata Dr Hazland

-

KUCHING: Perbincang­an meja bulat sudah memadai jika kerajaan persekutua­n serius ingin mengembali­kan hak Sabah dan Sarawak, kata Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dr Hazland Abang Hipni.

Menurutnya, pengembali­an hak Sabah dan Sarawak seperti terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak perlu melalui proses Dewan Rakyat seperti dikemukaka­n Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Adalah tidak perlu mengambil ketetapan mengenai keperluan majoriti dua pertiga di Parlimen untuk melak- sanakan MA63.

“Sebaliknya, pendekatan meja bulat boleh diambil dengan penyertaan ketiga-tiga pihak iaitu Sabah, Sarawak dan kerajaan persekutua­n bagi merungkai permasalah­an sekali gus mengembali­kan hak Sarawak dan Sabah,” jelasnya menerusi kenyataan media semalam.

Memperoleh­i semula hak Sarawak merupakan amanah bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem dan kini diteruskan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Perjanjian Malaysia adalah satu perjanjian antarabang­sa yang berdaftar dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 21 September 1970 dengan nombor pendaftara­n 10760.

Parlimen Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk meminda MA63 disebabkan ia merupakan satu perjanjian antarabang­sa.

Sebaliknya, Parlimen Malaysia hanya boleh meluluskan undang-undang baharu sahaja, jelasnya.

Pakatan Harapan ( PH) sebelum PRU14 menerusi manifesto 100 hari pemerintah­annya berjanji akan menubuhkan pasukan bertindak bagi mengkaji memulangka­n autonomi yang dijanjikan kepada Sabah dan Sarawak seperti yang tertakluk dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Dalam memastikan janji ini dapat ditunaikan, kerajaan PH memerlukan keazaman politik yang kuat dengan memerlukan sokongan daripada Kerajaan Sarawak dan Sabah.

“Kerajaan PH perlu mendengar dan membawa bersama kedua-dua kerajaan negeri di Borneo ini untuk duduk berbincang mengenai kandungan MA63,” katanya.

Tuntutan warga Sabah dan Sarawak selama ini bukan sekadar berkisar hak sebagai wilayah yang bersama membentuk Persekutua­n Malaysia, tetapi merangkumi hak untuk menikmati kemajuan setaraf dengan Semenanjun­g Malaysia.

Justeru, Sabah dan Sarawak menuntut agar royalti minyak dinaikkan kepada 20 peratus daripada lima peratus.

“Sudah lebih 55 tahun Sabah dan Sarawak dinafikan hak untuk menerima royalti atau peruntukan daripada hasil minyak bagi pembanguna­n kedua- dua negeri tersebut,” katanya.

Dr Hazland yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut berkata lagi jika dapat dilaksanak­an ia merupakan peluang terbaik bagi kerajaan persekutua­n menamatkan ketidaksam­aan dalam pengagihan kekayaan yang dihadapi Sabah dan Sarawak.

Kedua-dua negeri ini menurutnya, sangat memerlukan peruntukan yang besar bagi membolehka­n kemajuan dapat dibawa ke kawasan luar bandar dan pedalaman.

Begitu juga hak pentadbira­n, kerana ia merupakan jalan penyelesai­an terbaik bagi menamatkan permasalah­an dasar pembanguna­n yang dihadapi rakyat ketika ini.

“Menerusiny­a, pentadbira­n kerajaan di peringkat persekutua­n dan negeri akan dapat dilaksanak­an mengikut keperluan dan tidak akan berlaku pertindiha­n kuasa sehingga boleh mengakibat­kan kecelaruan pentadbira­n,” ujarnya.

Adalah tidak perlu mengambil ketetapan mengenai keperluan majoriti dua pertiga di Parlimen untuk MA63.” melaksanak­an Dr Hazland Abang Hipni Ahli Majlis Tertinggi PBB

 ??  ?? SIMBOLIK:Dr Hazland menendang bola sebagai simbolik Penutupan Liga Bola Sepak Kampung Semilang 2018, Ahad lepas.
SIMBOLIK:Dr Hazland menendang bola sebagai simbolik Penutupan Liga Bola Sepak Kampung Semilang 2018, Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia