Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak tidak menyertai Malaysia tetapi telah menubuhkan Malaysia

-

SERIAN: Sarawak tidak menyertai Malaysia tetapi telah menubuhkan Malaysia bersama Sabah dan Semenanjun­g Malaysia.

Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata pihak yang mengatakan Sarawak menyertai Malaysia adalah silap.

“Jangan sekali- kali memikirkan yang kita menyertai Malaysia, tidak.

“Sarawak tidak pernah menyertai Malaysia. Sarawak bersama Borneo Utara iaitu Sabah, Singapura dan Semenanjun­g Malaysia membentuk sebuah negara baharu iaitu Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan ‘Malaysia Day Ride’ di sini baru-baru ini.

Riot turut mendedahka­n bahawa pada 13 September lalu beliau bersama Ahli Parlimen dari Sarawak telah berjumpa dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan dalam pertemuan itu meminta agar hakhak Sarawak seperti dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dikembalik­an.

“Kita meminta Tun Dr Mahathir mengambali­kan hak- hak Sarawak seperti dalam MA63 kerana ia adalah milik kita.

“Dalam pertemuan itu juga beliau (Dr Mahathir) bersetuju supaya Sarawak dan Sabah dipanggil wilayah bukan negeri,” katanya.

Beliau berkata apabila bercakap mengenai hak-hak Sarawak, perbezaan ideologi politik, agama dan kaum perlu diketepika­n sebaliknya berjuang sebagai rakyat Sarawak yang bersatu.

Sementara itu seramai 250 pemilik motosikal berkuasa tinggi menyertai ‘Malaysia Day Ride” yang merupakan antara program anjuran Pusat Khidmat Parlimen Serian sempena sambutan Hari Malaysia.

Program itu memulakan perjalanan dari Stadium Serian menuju Tebedu dan singgah sebentar di Tiyap Lanting sebelum kembali ke Kampung Pichin di sini.

Katanya lagi program itu juga bertujuan menghimpun­kan pemilik- pemilik motosikal berkuasa tinggi di bahagian Serian.

“Saya tidak menduga sambutan di luar jangkaan. Kita hanya menjangka 50 hingga 100 orang akan bersama kita tetapi 400 orang mendaftar sehingga ada yang terpaksa ditolak kerana tidak cukup T-shirt,” katanya.

Riot berkata beliau merancang menganjurk­an perhimpuna­n pemilik motosikal berkuasa tinggi bahagian Serian pada hujung tahun ini dan antara pengisiann­ya ialah konvoi ke Balai Kerangan, Indonesia.

 ??  ?? UNTUK KENANGAN: Riot (berdiri, enam kiri) bergambar bersama sebahagian peserta ‘Malaysia Day Ride’ Serian.
UNTUK KENANGAN: Riot (berdiri, enam kiri) bergambar bersama sebahagian peserta ‘Malaysia Day Ride’ Serian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia