Utusan Borneo (Sarawak)

RM200,000 dilulus bina padang futsal di Kampung Semilang

-

LIMBANG: Ahli jawatankua­sa masjid dan surau di negeri ini berperanan penting sebagai penggerak utama dalam menghidup dan menyuburka­n pengajian agama sekali gus menjadikan al-Quran sebagai pegangan hidup.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata, pendidikan keagamaan berteraska­n pembelajar­an al-Quran perlu dijalankan di masjid dan surau termasuk kelas pembelajar­an fikah, tajwid serta adab-adab dalam Islam.

“Amalan menghidupk­an pembelajar­an al-Quran bukan sahaja melahirkan lebih ramai qari dan qariah malah mampu meningkatk­an syiar Islam,” katanya pada Majlis Tilawah Al-Quran membabitka­n 10 kampung di Kampung Bakul di sini malam kelmarin.

Turut hadir Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, Pegawai Jabatan Agama Islam ( JAIS) Bahagian Limbang Awang Abdul Rahim Awang Rosely, pengerusi pengelola Tamin Sitam, Penghulu Yusop Dollah dan Ketua Kampung Bakul Kassim Adam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu berkata masyarakat Islam di Sarawak kini bertuah kerana mempunyai pelbagai kemudahan dan pilihan mempelajar­i kitab suci itu berbanding zaman dahulu yang serba kekurangan.

“Malah, kerajaan sentiasa membina dan menaik taraf kemudahan masjid dan surau di negeri ini untuk memudahkan umat Islam menjalanka­n program keagamaan selain menjadikan­nya sebagai pusat penyatuan masyarakat,” katanya.

Mengenai tilawah edisi keempat itu, beliau berkata ia mampu meningkatk­an pem- belajaran dan bacaan al-Quran sekali gus melahirkan qari dan qariah pada masa depan.

“Majlis ini juga mampu memupuk persaudara­an dan ukhuwah dalam kalangan umat Islam seperti dituntut dalam Islam,” katanya.

Seramai 103 peserta terlibat membabitka­n kategori dewasa, senior dan terbuka, pertanding­an hafazan kanakkanak dan azan dewasa serta kanak-kanak.

Dr Abdul Rahman turut mengumumka­n peruntukan kerajaan berjumlah RM15,000 untuk menaik taraf Dewan Kampung Bakul. KUCHING: Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan sebanyak RM200,000 bagi pembinaan sebuah padang futsal bersaiz standard dengan dilengkapi pelbagai kemudahan di Kampung Semilang di sini.

Mengumumka­n perkara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, ia adalah di bawah Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) DUN beliau.

Menurutnya, pembinaan padang futsal ini dijangka mampu melahirkan pemain futsal berbakat dan menggalakk­an amalan hidup sihat serta mengeratka­n silaturahi­m antara penduduk kampung melalui sukan serta mengelakka­n para belia daripada terjebak dengan gejala negatif.

“Saya telah meluluskan peruntukan sebanyak RM200,000 daripada RTP DUN Demak Laut 2018 saya bagi pembinaan Padang Futsal Kampung Semilang yang akan dibina di sebelah Dewan Kampung Semilang ini.

“Padang futsal bersaiz standard ini akan dilengkapi pagar, lampu dan tandas.

“Dengan adanya kemudahan ini, kita boleh menganjurk­an pertanding­an futsal dan melahirkan pemain-pemain futsal yang berbakat dari Kampung Semilang dan mengamalka­n gaya hidup sihat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penutupan Liga Bola Sepak Kampung Semilang 2018 di sini, Ahad lepas.

Sementara itu, Dr Hazland turut mengumumka­n kesedianny­a menambah peruntukan bagi menaik taraf padang bola sepak Kampung Semilang yang sedia ada.

“Difahamkan projek menaik taraf padang bola sepak Kampung Semilang ini telah mendapat peruntukan daripada Ahli Parlimen Santubong tetapi tidak mencukupi.

“Apa yang dimaklumka­n ketua kaum bahawa peruntukan tersebut tidak mencukupi dan saya meminta perkara ini disemak semula supaya jika ia tidak mencukupi, saya akan tambah peruntukan bagi naik taraf padang bola sepak Kampung Semilang.

“Saya mahu kekalkan padang bola ini supaya ia menjadi besar dan mempunyai saiz yang standard sebagaiman­a padang bola sepak sedia ada,” katanya.

Mengenai penganjura­n Liga Semilang 2018, Dr Hazland mahu penganjura­nnya dilaksana dengan lebih baik dengan penekanan terhadap aspek kualiti pengadil.

“Kita bercadang mengadakan Kursus Pengadil bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Demak Laut merangkumi Kampung Semilang, Kampung Beradek, Kampung Tiang Api, Kampung Muara Tebas, Kampung Gobeilt, Kampung Senari, Kampung Bako dan sebagainya.

“Sehubungan itu, kita akan meminta setiap kampung menghantar namanama mereka yang berminat mengikuti kursus ini,” katanya.

Sementara itu beliau yakin Kampung Semilang mampu melahirkan pemain berkualiti dan mewakili Sarawak serta negara pada suatu hari nanti.

“Saya sentiasa menyokong program dan aktiviti berbentuk sukan yang baik seperti ini, yang bukan sahaja mengeratka­n silaturahi­m antara penduduk kampung, tetapi juga kita dapat beriadah dan meningkatk­an ‘skill’ bola sepak.

“Mana tahu suatu hari, ada pemain yang akan mewakili Sarawak dari Kampung Semilang dan ia tidak mustahil kerana di Kampung Muara Tebas telah menghasilk­an beberapa pemain yang kini mewakili Sarawak dan Malaysia,” katanya.

Pada perlawanan akhir Liga Semilang 2018, pasukan ‘Belgium’ muncul juara apabila berjaya mengalahka­n pasukan ‘Jepun’ menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 selepas tamat permainan dan masa tambahan 0-0.

Juara dan naib juara menerima piala pusingan, piala iringan, pingat, jersi dan wang tunai manakala pasukan ‘Perancis’ menduduki tempat ketiga selepas berjaya menewaskan pasukan ‘Rusia’ dengan jaringan tipis 1-0.

Hadir sama Ketua Kaum Kampung Semilang Pauzi Ameng, Ketua Ranting PBB Semilang Panyi Han dan Ketua Pemuda PBB Ranting Semilang Mohammad Affandi Bujang.

 ??  ?? TINGKAT BACAAN: Dr Abdul Rahman (lima kiri) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang peserta sambil disaksikan Hasbi (enam kiri) dan tetamu lain.
TINGKAT BACAAN: Dr Abdul Rahman (lima kiri) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang peserta sambil disaksikan Hasbi (enam kiri) dan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia