Utusan Borneo (Sarawak)

KGBS nafi dakwaann PT3 akan diganti semula dengan PMR

-

KUCHING: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) menafikan dakwaan bahawa tahun ini adalah tahun terakhir bagi pelaksanaa­n Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3) dan digantikan semula dengan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 2019.

Presidenny­a Ahmad Malie berkata, menurut sumber daripada KGBS, kenyataan berkenaan adalah tidak benar.

“Maka itu KGBS menggesa masyarakat umum tidak mengeluark­an apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan isu pendidikan untuk mengelakka­n sebarang kekeliruan.

“KGBS tidak mahu masyarakat akan menjadi keliru serta panik dengan kenyataan yang tidak bertanggun­gjawab mengenai perkara yang berkaitan dengan pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Borneo di sini, semalam ketika diminta mengulas mengenai khabar angin bahawa PT3 tahun ini adalah yang terakhir sebelum digantikan semula dengan PMR tahun depan.

Ahmad berkata, kenyataan sedemikian sudah pasti akan menimbulka­n kekeliruan dalam kalangan masyarakat yang akhirnya turut ‘memarahi’ Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM).

Ia kata beliau, seolah-olah kementeria­n sentiasa berhasrat untuk mengubah dasar pendidikan mengikut selera politik Menteri Pendidikan.

“Dengan itu KGBS mengharapk­an agar entiti pendidikan negara ini tidak diganggu gugat dengan kenyataan yang boleh menimbulka­n kekeliruan.

“Tambahan ia akhirnya menimbulka­n kurang keyakinan masyarakat kepada reputasi serta sistem pendidikan negara kita,” tegas beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia