Utusan Borneo (Sarawak)

Utamakan keselamata­n diri ketika masuk hutan

-

M U K A H : P e m u n g u t atau pencari hasil hutan di sekitar Mukah harus meletakkan keselamata­n diri sebagai keutamaan ketika berada di kawasan hutan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi berkata, mereka yang bergantung rezeki kepada hasil hutan harus mengelakka­n perkara yang boleh mendatangk­an bahaya kepada diri atau rakan.

“Ketika berada di dalam hutan, harus jaga keselamata­n diri dan rakan, itu adalah paling utama,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Menurutnya, beliau faham kerana ada peraih atau peniaga yang benarbenar bergantung kepada hasil hutan untuk bergantung hidup, namun ia tidak membenarka­n mereka mengabaika­n aspek keselamata­n ketika berada di kawasan hutan.

Walaupun bergantung kepada hasil hutan, rasa hormat kepada hutan yang membolehka­n mereka menikmati hasilnya juga harus dijaga.

“Kita ambil hasil dari hutan dan kita juga perlu menghormat­inya kerana ia memberi rezeki kepada kita,” jelas beliau.

Pada Ahad lalu, Mukah digemparka­n dengan kematian dua daripada tiga rakan yang sesat di hutan Kampung Bedanga ketika mencari asam paya.

Lima bersahabat itu dikatakan keluar mencari hasil hutan berkenaan pada pagi Sabtu lalu dan hasil asam paya kemudianny­a dihantar ke kawasan tepi jalan setelah lebih kurang tiga jam dipungut.

Dua daripada mereka tidak mahu kembali ke hutan namun tiga lagi masuk semula untuk memungut lagi hasil hutan berkenaan.

Namun, setelah menanti sehingga jam 7 malam, dua sahabat itu mulai risau kerana tiga rakan mereka tidak muncul-muncul.

Akhirnya, satu laporan orang hilang dibuat ibu salah seorang mangsa pada pagi hari berikutnya.

Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan pada pagi Ahad dan ketiga-tiga mangsa berjaya dijumpai di kawasan dimaksudka­n sekitar jam 11.15 pagi.

Malangnya, dua daripada mereka didapati meninggal dunia ketika ditemui pasukan SAR dipercayai kerana patukan ular belalang atau tedung berdasarka­n rakaman perbualan pihak polis dengan seorang mangsa yang terselamat serta bukti daripada hospital.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali Stanley Saka, 21, dan Duwat Jabu, 23, manakala mangsa yang selamat Lawrence Jinal, 40. KUCHING: Yayasan Sarawak (YS) terus komited untuk membantu pelajar di negeri ini daripada pelbagai kaum dan latar belakang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu berkata, ia telah menjadi usaha Kerajaan Sarawak melalui YS sejak lebih 30 tahun lalu.

“Bantuan yang diberi adalah dalam bentuk biasiswa, pinjaman atau peralatan sekolah dan geran seperti yang berlangsun­g pada hari ini.

“Tahun lepas SMK Sematan mendapat bantuan Yayasan Sarawak dan tahun ini SK Stunggang Melayu, Lundu pula menerima bantuan.

“Kita mengucapka­n ribuan terima kasih kepada Yayasan Sarawak yang memainkan peranan penting memberi pendedahan teknologi maklumat ( IT) kepada pelajar kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Komputer (PC) Yayasan Sarawak- CAPS dan geran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Yayasan Sarawak di SK Stunggang Melayu di Lundu, baru-baru ini.

Jamilah berkata, bantuan komputer itu diyakini membantu para pelajar mahir dalam penggunaan teknologi selain memudahkan komunikasi.

“Apabila mereka mahir menggunaka­n komputer secara tidak langsung akan memudahkan mereka berkomunik­asi, berniaga dalam talian, memproses dan menyimpan data serta memperoleh pelbagai maklumat dengan mudah jika digunakan secara betul,” katanya.

Pada majlis berkenaan, sebanyak 10 komputer diserahkan bagi membantu pihak sekolah dalam mendidik serta mendedahka­n para pelajar tentang penggunaan IT di samping mempelbaga­ikan kaedah pembelajar­an.

Majlis juga menyaksika­n penyerahan cek berjumlah RM5,000 kepada PIBG SK Stunggang Melayu Lundu.

“Saya berharap geran ini dengan sepenuhnya bukan setakat untuk membaik pulih sekolah yang perlu tindakan segera tetapi membantu pelajar yang memerlukan bantuan,” kata Jamilah.

Beliau pada masa yang sama juga memberitah­u, Yayasan Sarawak banyak membantu negeri ini melahirkan modal insan yang bijak pandai sejak lebih 30 tahun termasuk Pengarah Yayasan Sarawak Azmi Bujang.

Hadir sama Azmi, Pengerusi PIBG SK Stunggang Melayu Lundu Ramli Hassan, Penolong Kanan Akademik Jamadil Eri mewakili guru besar SK Stunggang Melayu Lundu, penolong-penolong kanan, guru-guru dan murid-murid SK Stunggang Melayu Lundu.

 ??  ?? ABDUL YAKUB
ABDUL YAKUB
 ??  ?? BANTUAN: Jamilah (dua kanan) menyaksika­n Azmi (kanan) menyampaik­an replika cek bantuan PIBG kepada wakil penerima pada majlis berkenaan, baru-baru ini.
BANTUAN: Jamilah (dua kanan) menyaksika­n Azmi (kanan) menyampaik­an replika cek bantuan PIBG kepada wakil penerima pada majlis berkenaan, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia