Utusan Borneo (Sarawak)

Ia mendapat perhatian serius daripada Kerajaan Sarawak untuk ditangani secara mapan

-

KUCHING: Sebanyak 93 kes remaja hamil dicatat di Serian pada tahun lepas dan ia mendapat perhatian serius daripada Kerajaan Sarawak untuk ditangani secara mapan kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja John Ilus.

Beliau menambah, pelbagai usaha telah diusahakan Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak menerusi agensi pelaksana Majlis Pembanguna­n Sosial Sarawak di sini.

“Pada tahun 2017, Serian mencatat 93 kes remaja hamil manakala pada Januari sehingga Jun tahun ini, terdapat 44 kes remaja hamil di sini.

“Seramai 53 orang daripada 93 kes remaja hamil itu adalah remaja yang belum berkahwin,” katanya ketika merasmikan Majlis Penutupan Jerayawara One-Stop Teenage Pregnancy Commmittee (OSTPC) dan UndangUnda­ng Sosial 2018 di Serian baru-baru ini.

Justeru, pelbagai usaha telah ditingkatk­an bagi menangani masalah tersebut menerusi beberapa program kesedaran, advokasi dan pencegahan bersama dengan rakan strategik kementeria­n.

Majlis Pembanguna­n Sosial Sarawak juga telah melaksanak­an Program Kesedaran dan Advokasi Pendidikan Seksual (KAPS) di SMK Balai Ringin, Serian pada tahun lepas dan April lalu di SMK Serian.

Ujar beliau lagi, statistik daripada Jabatan Kesihatan Sarawak menunjukka­n bahawa pada 2017, sejumlah 2,130 kes remaja hamil direkodkan di Sarawak.

Jumlah tersebut bagaimanap­un menunjukka­n penurunan sebanyak 14.1 peratus iaitu bersamaan dengan 351 kes berbanding tahun 2016 yang merekodkan sebanyak 2,481 kes.

Sementara bagi tahun 2017, sembilan bahagian di Sarawak telah mencapai KPI penurunan bilangan kes berbanding tahun sebelumnya.

Namun masih terdapat tiga lagi bahagian di Sarawak yang masih mencatat kenaikan atau tiada perubahan iaitu Sri Aman, Sibu dan Limbang.

Di bahagian Sri Aman jumlah kes telah meningkat sebanyak 56.7 peratus dan Limbang 17.3 peratus iaitu 13 kes berbanding tahun sebelumnya manakala Sibu tiada perubahan kes, tambahnya.

Pada masa yang sama, beliau menjelaska­n bahawa menerusi OSTPC permasalah­an remaja hamil seperti isu perundanga­n, kesihatan, sosial, keselamata­n, pendidikan, kewangan, kebajikan, status perkahwina­n dan dokumen pengenalan diri dapat ditangani dengan lebih berkesan.

Kerajaan juga telah membuat pindaan dan penambahba­ikan terkini terhadap undang-undang sosial Akta Kanak- Kanak 2001 ( Akta 611) kerana peningkata­n dalam kes penganiaya­an yang melibatkan kecuaian ibu bapa, pedofilia, pencabulan seksual.

Akta Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017 bertujuan meningkatk­an perlindung­an kepada mangsa selain membantu memulihkan institusi kekeluarga­an.

“Pindaan tersebut turut membabitka­n Perintah Perlindung­an Kecemasan (EPO) iaitu wanita boleh dilindungi dalam tempoh 24 jam di Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Dalam Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016 (A1511) terdapat empat perkara utama dimasukkan iaitu daftar kanak-kanak, perintah khidmat masyarakat (CSO), penjagaan berasaskan keluarga dan kenaikan denda.

“Akta Kanak- Kanak ( Pindaan) 2016 kini lebih menyeluruh dengan merangkumi pelbagai aspek perlindung­an, pemelihara­an, pemulihan, perkembang­an dan penyertaan,” ujarnya.

Turut hadir Setiausaha Eksekutif Majlis Pembanguna­n Sosial Sarawak, Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Fauziah Keepli, Ketua Cawangan Perkhidmat­an Kanak-Kanak mewakili Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak Umadi Polot, Residen Bahagian Serian Jonathan Lugoh dan Timbalan Residen Serian Mastapa Julaihi.

Seramai 53 orang daripada 93 kes remaja hamil itu adalah remaja yang belum berkahwin. ” John Ilus ADUN Bukit Semuja

 ??  ?? PRIHATIN: Ahli MAOC menyampaik­an sumbangan kepada Zulkifli Mezalan daripada Pusat Jagaan Anak Kesayangan Kami.
PRIHATIN: Ahli MAOC menyampaik­an sumbangan kepada Zulkifli Mezalan daripada Pusat Jagaan Anak Kesayangan Kami.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia