Utusan Borneo (Sarawak)

Gejala sosial golongan muda di Padawan semakin membimbang­kan

-

PADAWAN: Gejala sosial seperti perjudian, dadah dan merempit melibatkan golongan muda di daerah ini kini semakin membimbang­kan.

Pegawai Daerah Padawan Rangen Jamang berkata masalah tersebut didapati semakin berleluasa, di mana tindakan segera perlu diambil khususnya oleh ibu bapa dengan memantau anak masing-masing.

“Sekarang, daerah Padawan sudah mengecapi kemajuan dan pembanguna­n yang begitu baik namun ini juga telah membawa banyak cabaran, antaranya banyak anasir yang tidak baik masuk ke kawasan ini seperti perjudian, dadah dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Menteri Muda Pengangkut­an yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong Datuk Dr Jerip Susil merasmikan Majlis Makan Malam Kutipan Dana Gereja ‘All Saint Anglican’, Skim Penempatan Semula Bengoh ( BRS) di Dewan Masyarakat Kampung Rejoi, BRS baru-baru ini.

Hadir sama Penolong Uskup Diocese Kuching Reverend Solomon Cheong dan Paderi Gereja Anglikan BRS Joshua Joe.

Justeru, Rangen menyeru setiap gereja dalam daerah Padawan memainkan peranan untuk membantu membateras gejala sosial tersebut.

“Saya percaya dengan lebih banyak aktiviti gereja dian- jurkan bagi menarik penglibata­n anak- anak muda, gejala sosial yang tidak baik ini akan dapat dibanteras sekali gus mendidik anak-anak kita supaya menjadi manusia yang berguna pada masa depan,” katanya.

Sempena majlis itu, Rangen turut mengumumka­n sumbangan sebanyak RM10,000 daripada Dr Jerip kepada Gereja ‘All Saint Anglican’, BRS.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Rangen (tengah) menyaksika­n Joshua (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Solomon sempena Majlis Makan Malam Kutipan Dana Gereja ‘All Saint Anglican’, BRS di Dewan Masyarakat Kampung Rejoi, BRS baru-baru ini.
PENGHARGAA­N: Rangen (tengah) menyaksika­n Joshua (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Solomon sempena Majlis Makan Malam Kutipan Dana Gereja ‘All Saint Anglican’, BRS di Dewan Masyarakat Kampung Rejoi, BRS baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia