Utusan Borneo (Sarawak)

Pengurusan Yayasan Sarawak harus diwakili semua kaum

-

KUCHING: Pengurusan Yayasan Sarawak (YS) sepatutnya diwakili oleh semua kaum di Sarawak bagi memastikan pengagihan biasiswa atau pinjaman yang adil dan saksama untuk semua.

Bendahari Persatuan Graduan Dayak Sarawak (SDGA) Tamoi Janggu berkata, komposisi dalam pengurusan YS sekarang tidak melambangk­an bahawa ia adalah untuk semua kaum di Sarawak.

Sehubungan itu, katanya ramai daripada kaum lain beranggapa­n bahawa YS adalah ‘ Yayasan Melayu’ kerana berdasarka­n carta organisasi dalam laman sesawangny­a, 23 daripada 25 orang pengurusan tertinggin­ya adalah orang Melayu manakala Dayak dan Cina hanya diwakili oleh masingmasi­ng seorang wakil.

“Bagi saya atau Dayak keseluruha­nnya, mempunyai wakil secukupnya dalam pengurusan tertinggi YS adalah sangat penting kerana YS adalah untuk semua rakyat Sarawak dan sepatutnya diwakili oleh semua kaum.

“Ia bagi memastikan semua rakyat Sarawak yang layak mendapat bantuan seadilnya,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Menurut Tamoi, tanggapan mengenai ketidaksei­mbangan dalam pentadbira­n YS seolah-olah betul apabila terdapat kes seorang pemohon berbangsa Dayak meluahkan rasa tidak puas hati apabila beliau yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2017 iaitu 8A 1C tidak berjaya mendapat bantuan YS tetapi kawannya yang berbangsa Melayu mendapat keputu- san 7A 1B 1C telah mendapat bantuan.

Beliau menambah, satu lagi kes pelajar yang pernah memohon YS dan MARA tetapi gagal, di mana pelajar tersebut mendapat keputusan SPM yang cemerlang pada 2013 iaitu 5A+, 2A, 2A- dan 1B.

“Saya pernah membuat rayuan untuk pelajar tersebut melalui wakil rakyat (Datuk Alexander Nanta) untuk dipertimba­ngkan tetapi masih gagal mendapat sebarang bantuan kewangan,” katanya.

Tamoi berkata ketidaksei­mbangan wakil dalam YS juga pernah diutarakan kepada bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem pada perjumpaan SDGA dengan beliau beberapa bulan sebelum beliau meninggal dunia.

Tamoi yang juga merupakan seorang pensyarah kanan di sebuah institusi pengajian tinggi di Sarawak memberitah­u bahawa beliau telah kerap kali dihubungi masyarakat Dayak yang mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA dan IPTS) tetapi tidak cukup duit untuk menampung pelajaran.

“Ada dalam kalangan mereka mengatakan pernah memohon bantuan YS tetapi gagal,” katanya.

Pada masa sama, Tamoi berkata ramai pelajar Dayak yang gagal mendapatka­n bantuan YS turut bertanyaka­n sama ada SDGA dapat membantu mereka dari segi kewangan atau tidak.

Jelas beliau, ia disebabkan SDGA pernah memberi bantuan secara ‘one off payment’ melalui program Education Relief Fund (ERF) pada Oktober 2016.

P r o g r a m t e r s e b u t dipengerus­ikan oleh beliau sendiri, di mana melalui program tersebut, SDGA telah memberi sumbangan sebanyak RM100,000 kepada lebih 100 pelajar Dayak yang layak melanjutka­n pengajian ke IPTA dalam pelbagai bidang.

“Sumber dana tabung tersebut adalah sumbangan Kerajaan Sarawak yang diberi oleh Ketua Menteri ketika itu (Adenan),” katanya.

Beliau menambah, Adenan ketika itu turut memberi jaminan akan menyalurka­n sekurang- kurangnya RM100,000 setahun kepada SDGA melalui program tersebut sebagai komitmen beliau dan Kerajaan Sarawak bagi membantu masyarakat Dayak yang kurang berkemampu­an.

Justeru, katanya usaha sedang dilakukan untuk meneruskan bantuan tersebut daripada kerajaan sedia ada di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

 ??  ?? TAMOI
TAMOI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia