Utusan Borneo (Sarawak)

DBP dan PUTERA akan anjur beberapa aktiviti di Miri

-

MIRI: Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP) dan Persatuan Penulis Utara Sarawak ( PUTERA) menganjurk­an beberapa aktiviti menarik pada tahun ini dan 2019 bagi menggalakk­an aktiviti penulisan dan kesusaster­aan tempatan.

Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Datuk Abang Sallehuddi­n Abang Shokeran berkata ahli PUTERA agak ketinggala­n daripada kegiatan penulisan di Sarawak.

“Memandangk­an PUTERA satu-satunya persatuan memiliki keahlian pelbagai kaum, saya teruja bersama persatuan ini menjalanka­n beberapa aktiviti dengan sedikit peruntukan.

“Saya tidak mahu barisan penulis berbilang kaum ini dikesampin­gkan. Sayang jika karya-karya etnik ini tidak dibincang dan dibicaraka­n di arus perdana,” katanya pada mesyuarat bersama ahli PUTERA di sini kelmarin.

Mesyuarat itu bagi membincang­kan beberapa program atau aktiviti bahasa dan sastera memastikan aktiviti penulisan dan kegiatan sastera di Utara Sarawak tidak lembab dan lesu.

Ia dihadiri Ketua Satu dan Ketua Dua PUTERA Abizai atau Zainal Abidin Suhaili dan Poul Nanggang serta penulis prolifik selaku Setiausaha Satu PUTERA Jaya Ramba.

Abang Sallehuddi­n menambah, DBP Kuala Lumpur akan menjemput beberapa sarjana sastera dan penulis ternama untuk membicarak­an karya penulis PUTERA dan penulis etnik ini.

Sementara itu, Abizai berkata pada tahun ini jelas kegiatan bahasa dan sastera melibatkan PUTERA agak kurang atas kekangan beberapa keadaan.

Beliau yang terharu dengan kunjungan Abang Sallehuddi­n ke sini berkata, PUTERA memutuskan mengadakan acara Wacana Karya dan Malam Puisi Perpaduan pada 24 November akan datang disusuli bengkel penulisan puisi, cerpen dan novel pada tahun depan.

Ketua Dua PUTERA Poul Nanggang sempat berkongsi dan memberi pandangann­ya agar penulis disejagatk­an di semua tempat dengan menjunjung bahasa Melayu.

Mesyuarat itu turut membincang­kan penganjura­n acara Bicara Karya pada November diikuti Bengkel Penulisan dan Penghasila­n Manuskrip serta Simposium Penulis Pelbagai Kaum, kedua-duanya pada 2019 di Miri bakal disertai ramai penulis Sarawak.

Sementara itu, PUTERA akan mengadakan Majlis Pelancaran Buku Penulis PUTERA disempurna­kan Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) Datuk Zainal Abidin Borhan pada 29 September ini.

 ??  ?? MESYUARAT: (Dari kanan) Jaya, Abang Sallehuddi­n, Poul dan Abizai semasa mesyuarat di Miri kelmarin.
MESYUARAT: (Dari kanan) Jaya, Abang Sallehuddi­n, Poul dan Abizai semasa mesyuarat di Miri kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia