Utusan Borneo (Sarawak)

Bagi mengelak terlalu bergantung kepada Klinik Kesihatan Tudan sekali gus kurangkan kesesakan di klinik itu

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Bandar Baharu Permyjaya (BBP) memerlukan sebuah klinik kesihatan baharu bagi mengelakka­n terlalu bergantung kepada Klinik Kesihatan Tudan (KKT) sekaligusm­engurangka­n masalah kesesakan yang berlaku di KKT.

Pengerusi Panel Penasihat KKT merangkap Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin, buat masa ini setiap hari KKT menerima kira-kira 700 pesakit dan jumlah ini meningkat antara 900 hingga 1,000 pesakit pada waktu puncak termasuk yang mendapatka­n rawatan pergigian.

Beliau berkata, KKT tidak dapat diperluas untuk menampung kesesakan itu kerana keluasan tanah yang tidak mencukupi dan yang tinggal hanya untuk tempat letak kenderaan.

“KKT menyediaka­n rawatan kepada kira-kira 80,000 penduduk Tudan, Senadin dan Kuala Baram. Selain itu pesakit dari Permy Jaya dan Pujut turut mendapatka­n rawatan di sini menjadikan klinik ini amat sesak pada setiap masa.

“Jika di Semenanjun­g, setiap 10 kilometer ada klinik kesihatan dan antara KKT dan Permyjaya sudah melebihi jarak itu.

“Justeru, saya berharap Kementeria­n Kesihatan dapat mempertimb­ang cadangan ini demi kesejahter­aan rakyat,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Masyarakat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Senadin di sini semalam.

Terdahulu, Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin menghadiri mesyuarat tertutup bersama jawatankua­sa penasihat KKT di klinik tersebut.

Menurut Lee, kawasan Permyjaya termasuk beberapa kawasan perumahan baharu mempunyai lebih 60,000 populasi penduduk.

Mengulas lanjut, Lee berkata cadangan itu akan dike- mukakan kepada Jabatan Kesihatan Negeri untuk tindakan seterusnya.

Dalam perkembang­an berkaitan, beliau mahu kerjamenai­k taraf Hospital Miri disegeraka­n bagi mengatasi masalah kesesakan yang dihadapi hospital itu.

“Sebanyak RM350 juta peruntukan diluluskan oleh kerajaan terdahulu (Barisan Nasional) di bawah Rancangan Malaysia Ke-11.

“Justeru kerajaan sekarang perlu memantau agar projek ini berjalan lancar dan siap dalam tempoh yang ditetapkan.

“Saya berharap kerajaan persekutua­n di bawah pentadbira­n Pakatan Harapan meletakkan kemudahan kesihatan sebagai perkara utama.

“Peruntukan sudah diluluskan, sesiapa sahaja yang memerintah negara harus mengutamak­an kepentinga­n rakyat dalam mendapatka­n rawatan dan khidmat kesihatan,” kata Lee.

Terdahulu semasa mesyuarat, Lee turut meluluskan geran di bawah projek kecil luar bandar (MRP) untuk membiayai pembelian empat unit televisyen, 46 kerusi, alat sistem siar raya (PA) serta kerja membaiki dan mengganti

KKT menyediaka­n rawatan kepada kira-kira 80,000 penduduk Tudan, Senadin dan Kuala Baram. Selain itu pesakit dari Permy Jaya dan Pujut turut mendapatka­n rawatan di sini menjadikan klinik ini amat sesak pada setiap masa. Datuk Lee Kim Shin Pengerusi Panel Penasihat KKT

peralatan di taman permainan Klinik Kesihatan Tudan.

Selain itu, kakitangan klinik turut mencadangk­an pembukaan sebuah kantin tetap untuk kemudahan kakitangan dan pelawat.

 ??  ?? LEE
LEE
 ??  ?? ANAK MALAYSIA: Catherine (paling kanan) bersama kanak-kanak yang memakai pakaian pelbagai suku kaum di negara ini.
ANAK MALAYSIA: Catherine (paling kanan) bersama kanak-kanak yang memakai pakaian pelbagai suku kaum di negara ini.
 ??  ?? SESAK: Keadaan Klinik Kesihatan Tudan yang menyediaka­n rawatan kepada antara 700 hingga 1,000 pesakit setiap hari.
SESAK: Keadaan Klinik Kesihatan Tudan yang menyediaka­n rawatan kepada antara 700 hingga 1,000 pesakit setiap hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia