Utusan Borneo (Sarawak)

Fatimah dan rombongan adakan lawatan ke Finland

Antara yang menarik perhatian ialah Pelan Tindakan Program Keluarga Finland 2018-2021

-

KUCHING: Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah mengadakan kunjungan terhadap Menteri Hal Ehwal Sosial dan Kesihatan Finland Pirkko Mattila di Helsinki, Finland baru-baru ini.

Fatimah pada hari kedua lawatan ke Finland itu, mengadakan kunjungan terhadap menteri berkenaan di pejabat kementeria­n terbabit.

Beliau berkata kunjungan berkenaan amat bermakna, apabila Finland yang baharu sahaja meraikan 100 tahun kemerdekaa­n dan mencapai transforma­si daripada negeri miskin kepada paling gembira atau bahagia di dunia.

Ujarnya di Finland semua kanak-kanak berhak mendapat pendidikan berkualiti.

Fatimah berkata autonomi perbandara­n dalam menguruska­n hal ehwal sosial dan kesihatan di peringkat tempatan menguatkan usaha kerajaan dalam menyediaka­n perkhidmat­an terbaik kepada rakyatnya.

Malahan sistem sokongan dibangunka­n Majlis Perbandara­n terus dipertingk­atkan melalui usaha kerjasama dengan sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), keluarga dan individu, katanya.

Antara lain yang menarik juga Pelan Tindakan Program Keluarga Finland 2018-2021 yang menekankan tentang isu keganasan rumah tangga, gangguan seksual, rogol, kahwin paksa dan sebagainya.

“Pelan tindakan itu menekankan untuk menyelaras kerjasama badan-badan berkaitan selain menekankan pentingnya pendidikan berkualiti dengan mempunyai guru yang berkelayak­an serta pembanguna­n profesiona­l melalui latihan berterusan.

“Di Finland, mengajar adalah profesion yang berpangkat tinggi berbanding doktor,” katanya.

Selepas itu, Fatimah bersama rombongan turut mengadakan lawatan kerja ke Aseman Lapset, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dibiayai kerajaan, iaitu perbandara­n dan masyarakat penyayang yang memberi penjagaan kepada remaja berusia 13 hingga 17 tahun.

Ia mempromosi­kan perkembang­an sihat kepada golongan muda, mengelakka­n peminggira­n, kekerasan, jenayah dan bahan penyalahgu­naan.

Lawatan kerja itu berakhir dengan kunjungan rombongan ke Kedutaan Malaysia di Helsinki, Finland di bangunan WTC di mana mereka disambut Setiausaha 1 Kedutaan Malaysia Norhalilah Jalil.

Pelan tindakan itu menekankan untuk menyelaras kerjasama badanbadan berkaitan selain menekankan pentingnya pendidikan berkualiti dengan mempunyai guru yang berkelayak­an serta pembanguna­n profesiona­l melalui latihan berterusan. Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

 ??  ?? KUNJUNGAN: Fatimah (dua kiri) bersama Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis (kiri) serta Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus (tiga kiri) serta ahli rombongan lain semasa kunjungan terhadap Pirkko.
KUNJUNGAN: Fatimah (dua kiri) bersama Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis (kiri) serta Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus (tiga kiri) serta ahli rombongan lain semasa kunjungan terhadap Pirkko.
 ??  ?? KESELAMATA­N INTERNET: Para peserta sesi latihan mengenai keselamata­n Internet anjuran Maxis dan Google merakam kenangan baru-baru ini.
KESELAMATA­N INTERNET: Para peserta sesi latihan mengenai keselamata­n Internet anjuran Maxis dan Google merakam kenangan baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia